Nampaknya kereta segmen-D bagi Toyota iaitu Camry bakal hadir dengan generasi kelapan tidak lama lagi. Generasi terbaru ini turut membawakan beberapa ciri rekaan moden serta mengekalkan konsepnya sebagai kereta mewah dan eksekutif.

Berdasarkan makluman awal, difahamkan dua variasi bakal ditawarkan Toyota Malaysia buat model Camry iaitu model 2.0G dan 2.5V. Enjin yang dipilih pada model ini masih lagi sama seperti model sebelum ini bagi kedua-dua variasi iaitu 6AR-FSE dan 2AR-FE. Versi hibrid pula dikatakan tidak dilancarkan secara serentak bersama dua model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cmrh1707_04-850×510

cmrh1707_05-850×430

Dalam pada itu, melalui model terbaru Camry 2.5V, para pengguna bakal menerima penambahbaikan dari segi rekaan dalamman dengan penyertaan kerusi kulit, paparan digital, signal LED dan juga Toyota Safety Sense yang mana bakal menbantu pengguna sekiranya berlaku kemalangan.

Buat anda yang berminat, pihak Toyota Malaysia turut menyertakan laman untuk mendaftarkan minat mendapatkan Toyota Camry 2019. Sama-sama kita nantikan untuk maklumat lanjut serta harga yang bakal diumumkan pada 1 November ini.