Peminat aksi Fast & Furious pasti sangat mengenali model Toyota Supra ini. Menurut Toyota, model Supra ini akan buat comeback bergaya tahun hadapan dengan model serba baharu, Supra A90.

paul walker
Toyota Supra yang dipandu mendiang Paul Walker

Ianya telah diperlihatkan di Eropah oleh pihak Toyota dan ada yang sudah berpeluang mencuba kereta ini. Rekaan penuh Supra A90 masih dirahsiakan dan ketika sesi ujian ini, ianya ditampal dengan stiker khas supaya rekaannya yang sebenar tidak tertiris.

Pada mulanya Toyota mahu menjual versi automatik sahaja untuk model ini. Tetapi selepas perbincangan semula dan mendapat permintaan daripada pelanggan setia Toyota, Toyota turut akan mengeluarkan versi manual untuk pelanggan mereka yang mahukan lebih cabaran ketika memandu.

Supra a90

Menarik tentang model Supra A90 ini adalah kerjasama antara Toyota dan BMW; di mana BMW bertanggungjawab untuk menghasilkan enjin turbocharged 6-silinder untuk model ini. Boleh dikatakan Supra A90 adalah hasil ‘perkahwinan’ antara model Supra dan BMW Z4.

Rekaan akhir model ini mungkin akan diperlihatkan pada akhir tahun ini. Pastinya model Supra A90 ini akan menjadi buah mulut peminat arena permotoran tahun hadapan.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.