Toyota GR Yaris boleh dikatakan sebagai sebuah kereta hatchback ‘hangat’ menjadi bualan orang ramai bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia. Model GR Yaris mempunyai lebih 200 kuasa kuda dan teknologi mengikut spesifikasi sebuah kereta World Rally Championship.

Baru-baru ini pihak Autocar telah menganjurkan satu ujian perlumbaan di antara Toyota GR Yaris dengan supercar yang terulung dari Jepun, Nissan GT-R R35 Nismo yang merupakan varian tertinggi dalam produksi R35.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-toyota-gr-yaris-nissan-gtr-nismo-2
Sumber Gambar: YouTube AutoCar

Kedua-dua buah kereta ini perlu memandu di dalam sebuah litar perlumbaan pendek dengan kadar maksima kelajuan hanya 160km/j sahaja. Dalam masa yang sama, ujian tersebut dibuat semasa cuaca hujan yang menyebabkan pemandu perlu menghadapi trek yang basah dan cengkaman yang berkurangan.

Walaupun Toyota GR Yaris hanya mempunyai 257 kuasa kuda separuh dari Nissan GT-R (592 kuasa kuda), ia mempunyai traction yang lebih baik dan pembinaan reka bentuk kereta lebih ringan dapat membantunya bergerak lebih pantas pada setiap lencongan di dalam litar.

vocket-toyota-gr-yaris-nissan-gtr-nismo-1
Sumber Gambar: YouTube AutoCar
vocket-toyota-gr-yaris-nissan-gtr-nismo-3
Sumber Gambar: YouTube AutoCar

Meskipun Toyota GR Yaris menunjukkan keputusan yang luar biasa, ia tidak bermaksud kereta tersebut lebih laju daripada Nissan GT-R. Seperti yang disimpulkan oleh hos Autocar, hasilnya akan berbeza di trek litar berlainan dan dalam keadaan cuaca yang berbeza. Tetapi ujian ini membuktikan bahawa Toyota GR Yaris memang model hatchback yang ‘hangat’ menjadi bualan orang ramai sekarang.

Anda boleh tonton video penuh ujian perlumbaan Toyota GR Yaris betul-betul boleh ‘makan’ kereta yang jauh lebih besar saiz badan dan kuasa enjin di tempat dan cuaca yang ‘betul’.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

‘Frontliners’ Hilangkan Rasa Penat Dengan Minta Kereta ‘Tarik’ Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa