Melihat kepada trend automotif kini yang lebih menjurus kepada kereta pandu sendiri, Toyota nampaknya bersedia untuk tampil lebih serius dengan penghasilkan model kereta pandu sendiri.

Berdasarkan langkah terbaru yang dibuat Toyota, syarikat yang berasal dari Jepun ini telah bekerjasama bersama dua syarikat lain dalam usaha untuk menghasilkan lebih banyak kereta kereta melalui segmen ini. Dinamakan sebagai ‘Toyota Research Institute-Advanced Development’ atau singkatannya TRI-AD, syarikat ini bersedia untuk melabur sebanyak $2.8 bilion (RM10.94 bilion) untuk menjayakan misi ini.

Teknologi melibatkan blockchain antara yang bakal digunakan Toyota sempena model kereta pandu sendiri

Seperti model-model Toyota sebelumnya, syarikat ini sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat para pengguna. Tidak mengapa jika mereka tidak menjadi yang terawal namun pengalaman penggunaan yang terbaik buat para pengguna antara yang diutamakan.

Melalui syarikat TRI-AD, Toyota bakal melancarkan Toyota Research Institute untuk membantu menhasilkan kereta pandu sendiri dengan kecekapan yang terbaik. Kereta yang sesuai untuk dinaiki serta penggunaan barangan yang terbaik antara yang diutamakan.

Kemungkinan 10 tahun daripada sekarang, kereta pandu sendiri serta kereta elektrik antara yang lebih menjadi pilihan pengguna. Kos yang efisien serta rekabentuk yang menarik mungkin antara yang mengubah industri automotif beberapa tahun lagi daripada sekarang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤