Toyota akhirnya menamatkan penantian orang ramai dengan melancarkan model Supra hasil kolaborasi antara Toyota dan BMW. Kerjasama ini dijalin sejak tahun 2012 yang lalu untuk menghasilkan Supra dengan rekaan serba baharu.

Supra hasil kolaborasi BMW ini tidak lagi dibina di Jepun tetapi dihasilkan di Austria oleh pihak Magna Steyr. Rekaan Supra baharu ini tidak lagi mempunyai rekaan traditional Supra sepenuhnya dan dapat dilihat mengambil inspirasi daripada model BMW Z4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penghasilan Supra baharu ini mempunyai hampir kesemua komponen yang sama seperti BMW Z4 dengan enjin BMW inline six twin turbo 3.0 liter, platform BMW dan kotak gear lapar kelajuan automatik.

the-2020-toyota-supra-rear-wheel-drive-sports-coupe-is-news-photo-1082216004-1547483344

Meskipun model baharu itu berkongsi komponen yang sama, janaan kuasa antara kedua-dua model itu adalah berbeza sama sekali dimana Supra menawarkan kuasa mencecah 335hp dan tork 496Nm yang membolehkan Supra memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat sahaja.

Pecutan 100km/j dalam masa 4.1 saat ini menjadikan model Supra baharu ini model paling pantas yang pernah dihasilkan oleh Toyota. Model ini mempunyai pecutan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada kelajuan 250km/j.

Model baharu ini ditawarkan pada kadar harga RM204,908 untuk model asas manakala RM221,300 bagi model varian Premium. Perbezaan harga ini kerana sekiranya anda membeli model varian Premium, anda akan mendapat kelebihan dengan menerima sistem audio JBL dengan 12 unit pembesar suara dan tempat duduk yang dibalut kulit bersama dengan fungsi pemanas.

Untuk Launch Edition pula, ianya terhad kepada 1,500 unit sahaja dan bakal masuk pasaran Amerika Syarikat sahaja yang ditawarkan pada kadar harga RM226,476 yang didatangkan khas dengan kemasan berwarna merah pada bahagian luar dan tempat duduknya.

Toyota-Supra-2020-mekanika6

Toyota-Supra-2020-mekanika4

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.