Pada tahun 2019 yang lalu, Toyota telah memperkenalkan KINTO, sebuah syarikat yang khas untuk menguruskan dan mengendalikan perkhidmatan langganan kereta sebagai satu langkah memudahkan orang ramai untuk memiliki kereta.

Semalam Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd telah membawa perkhidmatan ini ke pasaran Malaysia dan dikenali sebagai Kinto One. Lebih menarik lagi, perkhidmatan Kinto One di negara ini merupakan perkhidmatan langganan kereta patuh syariah yang pertama di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui perkhidmatan ini, pelanggan mempunyai pilihan baru untuk memiliki kereta tanpa perlu rasa terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli kenderaan yang digunapakai sejak puluhan tahun yang lalu.

vocket-kinto-one-1-1

Perkhidmatan Kinto One boleh mula digunakan secara eksklusif melalui laman web www.kinto-my.com. Antara model-model kereta yang ditawarkan kepada orang ramai ialah Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry.

vocket-kinto-one-2-1

Selain kereta model Toyota, peminat-peminat kereta model Lexus turut boleh mendapatkan kereta idaman melalui Kinto One. Antara model kereta Lexus yang ditawarkan ialah ES250, UX200, NX300 dan RX300.

vocket-kinto-one-3
Sumber Gambar: Facebook Kinto One

Pengguna hanya perlu bayaran ansuran bulanan secara tetap yang merangkumi kos pendaftaran kenderaan, insurans tahunan, cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.

Tempoh langganan yang ditawarkan kepada pelanggan samada dua tahun atau tiga tahun. Selepas tempoh langganan tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia.

Dalam satu hantaran Facebook Ustaz Zaharuddin, beliau turut memuji inisiatif yang dibuat oleh pihak Toyota dan berharap agar syarikat-syarikat automotif yang lain turut menawarkan fasiliti patuh syariah kepada pengguna di Malaysia.

Sekarang bolehlah anda memiliki kereta secara patuh syariah dengan menggunakan perkhidmatan Kinto One.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan dengan kereta Toyota yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Sultan Johor Berjaya Menjadi Pemilik Terawal Toyota GR Supra

Toyota Yaris Kembali Dengan Harga Pasaran Bermula RM70,888

Toyota Perkenalkan Vios Generasi Terbaru Dengan Harga Permulaan RM77,200