UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memperkenalkan model mereka yang serba baharu iaitu Vios yang didatangkan dengan tiga varian iaitu J, G dan E untuk pasaran Malaysia.

Model Vios terbaru ini hadir dengan lima pilihan warna iaitu biru dan merah metalik, hitam, perak dan putih. Tiga varian, 1.5J, 1.5G dan 1.5E yang ditawarkan untuk model ini telah dinaik taraf dengan beberapa ciri yang baru berbanding model yang sama sebelum ini.

Ketiga-tiga model ini menerima beberapa ciri yang sama iaitu tujuh beg udara, Lampu Nyalaan Siang (DRL), Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan cagak ISOFIX.

Model baharu Vios ini dilengkapi dengan enjin empat silinder 1.5L DOHC 16 injap yang mampu menjimatkan dan menjana 107PS pada 6 000 rpm dan 140Nm tork pada 4 200 rpm dengan Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan mod Sport Sequential Shiftmatic dan ianya hanya untuk pasaran tempatan sahaja.

IMG_2661
Sumber: Careta
IMG_2662
Sumber: Careta
KLIMS 18 Toyota 011 Careta
Sumber: Careta
cof
Sumber: Careta

Model Vios serba baharu ini ditawarkan dengan harga RM77,200 bagi varian J, RM81,200 bagi varian G manakala bagi varian E pula ditawarkan dengan harga RM87,300.

Sumber