Ini berita baik buat pekerja Toyota, terutama yang telah berkeluarga. Japan Toyota Motor Corp merancang mengembangkan program bekerja dari rumah pada Ogos ini.

Sebelum ini, program bekerja dari rumah hanya dibenarkan kepada pekerja yang mempunyai anak bawah umur 1 tahun sahaja. Kini diperluaskan lagi untuk lebih 25,000 pekerja Toyota.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara syarat yang dikenakan untuk menyertai program ini ialah:

1. Bekerja sekurang-kurangnya dua jam seminggu di pejabat.
2. Perlu mendapatkan kebenaran daripada ketua masing-masing.
3. Terbuka kepada staf sektor sumber manusia, perakaunan dan jualan, R&D dan kejuruteraan.
4. Staf yang telah bekerja dengan Toyota selama 5 tahun ke atas.

Soal isu keselamatan data Toyota diatasi dengan komputer yang akan berfungsi sebagai terminal klien di mana tiada data akan direkodkan pada komputer tersebut selepas pengguna klik pautan keluar dari sistem pengkomputeran Toyota.

Bagi Toyota, program ini akan mengimbangi keperluan masa bekerja dan bersama keluarga. Ia juga akan membantu orang jualan mengurangkan masa travel antara pejabat dan pelanggan.

Malah, Toyota berharap sistem bekerja yang fleksibel ini akan menjadi salah satu sebab bagi pekerja berkemahiran dan berpengalaman terus bekerja di Toyota.

Ini kerana terdapat peningkatan dalam kajian Ministry of Internal Affairs and Communications yang menunjukkan lebih 100,000 orang di Jepun berhenti kerja atau tukar kerja setiap tahun kerana mahu menjaga ahli keluarga.

Satu lagi fakta yang menarik tentang telecommuting, terdapat peningkatan dari 2% (2000) jadi 11.5% (2014) bagi syarikat-syarikat Jepun yang mengamalkannya.

Sumber