Pada minggu lalu, bersempena dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kereta pemasangan tempatan (CKD) serta yang pemasangan luar negara (CBU).

Menerusi kenyataan yang dibuat, cukai jualan bagi model CKD bakal dimansuhkan cukai jualan sebanyak 100% manakala model CBU akan menerima pemansuhan cukai jualan sebanyak 50% bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
01-2
Sumber: toyota malaysia

Pada minggu ini, nampaknya beberapa syarikat penawaran kereta di Malaysia mulai mengumumkan harga terbaru yang lebih rendah buat model keluaran mereka. UMW Toyota juga tidak terlepas mengumumkan harga terbaru dimana bermula daripada model Yaris, Vios sehinggalah kepada Vellfire.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jumlah penurunan, laman Paul Tan telah membuat perbandingan serta memaparkan jumlah peratusan yang diturunkan berbanding harga sebelum cukai jualan diumumkan.

TOYOTA-Vios-4829_1
Sumber: toyota malaysia

Toyota Vios 1.5J yang sebelum ini ditawarkan dengan harga RM77,413 kini dijual pada harga RM76,101 dengan penurunan sebanyak 1.42%. Vios G pula dilihat menerima penurunan sebanyak 1.34% serta hadir dengan harga terbaru iaitu RM1,168.

Toyota Yaris pula turut menerima penurunan harga sebanyak RM1,312 bagi varian 1.5J manakala varian 1.5G diturunkan sebanyak RM1,413 iaitu 1.68% daripada harga asal sekaligus membolehkan orang ramai berpeluang memiliki model ini dengan harga RM82,475.

vellfire-black1
Sumber: toyota malaysia

Model dengan penurunan terbanyak adalah Toyota Alphard dimana model ini yang ditawarkan pada harga RM464,000 sedia ditawarkan 15 Jun ini dengan harga RM446,609. Penurunan sebanyak RM17,391 atau 3.75% ini sekaligus membuatkan Toyota Vellfire sebagai kereta dengan penurunan harga terbanyak daripada UMW Toyota.

Buat anda yang sedang berhajat untuk mendapatkan kereta terbaru, mungkin inilah masanya untuk mendapatkannya dengan harga yang sedikit rendah bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.

Ketahui juga anggaran harga kereta selepas kerajaan mansuhkan cukai jualan kereta 100% khususnya buat model kereta pemasangan tempatan (CKD). Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%

Tiada Pemotongan Cukai Jualan Untuk Trak Pikap Kerana Diklasifikan Sebagai Kenderaan Komersial

Sumber