UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan versi terbaru model kereta mereka iaitu Vios dalam satu acara yang bakal berlangsung pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) pada 22 November ini.

Seperti juga model generasi sebelum ini, kesemua varian Vios hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin iaitu enjin petrol 1.5 liter. Enjin 2NR-FE pada Vios baharu ini mampu menjana 105 hp pada 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada 4,200 rpm. Malah ia turut juga digandingkan dengan kotak gear CVT automatik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Turut ditawarkan untuk model ini ialah lampu utama halogen reflektor, lampu kabus depan, rim aloi 15-inci, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, cermin depan akustik, stereng larasan ketinggian, sistem Toyota Telematics dan kamera undur.

Walaubagaimanapun, pihak UMW masih belum umumkan lagi harga rasmi untuk model kenderaan ini. Ramai peminat yang menjangkakan ia mungkin dijual dalam lingkungan harga bermula RM85,000 sehingga RM91,000 ribu tidak termasuk insuran. Model ini turut dikenali sebagai Toyota Yaris Altiv di beberapa negara luar.

Toyota-Vios-Yaris-Ativ-00
Turut diperkenalkan dalam versi TRD

maxresdefault (1)

Toyota Vios 02