UMW Toyota Motor (UMWT) perkenalkan model hatchbak Toyota Yaris baharu secara rasmi semalam.Toyota Yaris merupakan model kedua yang dipasang di kilang baru UMWT di Bukit Raja, Klang, Selangor selepas model Vios.

Untuk pengetahuan anda, model ini tampil dengan tiga varian iaitu Yaris 1.5J, Yaris 1.5E dan Yaris 1.5G. Malah, terdapat 5 pilihan warna iaitu Citrus Mica Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan Super White II.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K model hatchback diperkenalkan kembali kerana ingin mengikut permintaan pelanggan terutama golongan muda yang mahukan kenderaan yang lebih bergaya dan sporty.

Menariknya, model ini telah menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP dan hadir dengan ciri keselamatan termasuk tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan kawalan cengkaman (TRC) serta bantuan mula mendaki (HAC). Model ini akan dijual dengan harga bermula dari RM70,888  untuk model 1.5J tanpa insurans. Harga untuk varian lain adalah RM76,888 (1.5E) dan RM83,888 (1.5G).

Sumber