Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Jika sebelum ini Toys “R” Us ditutup setelah disahkan bankrap, kini Toys “R” Us bakal kembali dengan nama syarikat yang berbeza iaitu Tru kids Inc. Untuk pengetahuan anda, CEO syarikat Tru Kids Inc. iaitu Richard Barry merupakan bekas eksekutif di Toys “R” Us.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pastinya anda yang gemar membeli barang permainan untuk anak-anak anda di Toys “R” Us ternanti-nantikan koleksi permainan yang akan dikeluarkan bersempena musim cuti. Malah, Tru Kids akan mewujudkan laman e-commerce untuk memudahkan orang ramai membeli permainan.

Setakat ini, penukaran nama cuma akan terkesan di Amerika Syarikat dan tidak dinyatakan sama ada ianya akan memberi kesan kepada jenama Toys “R” Us di luar Amerika Syarikat. Walaupun namanya bertukar, Tru Kids tetap akan terus menjual barangan yang akan mengembirakan kanak-kanak (dan sesetengah ibu bapa) iaitu permainan.