Francais gedung mainan terkenal Toys“R”Us nampaknya turut mengalami masalah untuk kekal di dalam bisnes kini. Berdasarkan laporan terbaru daripada Fortune, sebanyak 180 cawangan Toys“R”Us bakal ditutup sekitar Amerika Syarikat.

Langkah yang dibuat ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hutang syarikat sekaligus memfokuskan kepada cawangan yang mampu menawarkan jualan yang tinggi kepada syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

toys-r-us (1)

Difahamkan angka jualan Toys“R”Us kini sangat teruk dimana syarikat ini turut gagal untuk mengutip jualan seperti yang diharapkan pada musim cuti atau perayaan yang sebelum ini menjadi tradisi membeli mainan bagi keluarga-keluarga di Amerika Syarikat.

Minat anak muda terhadap gadget antara yang membuatkan Toys“R”Us tidak lagi releven buat kanak-kanak masa kini.

Setakat ini masih belum diketahui lagi sama ada cawangan Toys“R”Us di luar Amerika Syarikat akan turut ditutup atau tidak. Dalam pada itu, Toys“R”Us sehingga kini masih lagi ditahap negatif dan menanggung rugi sepanjang tahun. Kekurangan cawangan Toys“R”Us juga turut mengakibatkan syarikat-syarikat mainan mengalami kejatuhan angka jualan.

reddit

Pada pendapat anda, mampukah Toys“R”Us kembali bangkit atau akan terus tenggelam berikutan peningkatan minat kanak-kanak terhadap smartphone dan tablet.

Sumber