Sudah menjadi kemestian buat para pengguna setiap hari untuk mengakses kepada platform Google dan Facebook. Malah, kedua-dua platform ini juga berjaya mengaut keuntungan yang tinggi melalui bilangan pengguna di Malaysia.

Dalam pada itu, dikatakan Google dan Facebook dikatakan tidak membayar cukai di Malaysia meskipun berjaya memonopoli iklan digital. Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan cadangan ke mesyuarat kabinet untuk mengenakan cukai kepada Google dan Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

zahid-hamidi

Berdasarkan tinjauan kami semasa melayari media sosial, segelintir netizen beranggapan cukai yang dicadangkan ini bakal dikenakan buat para pengguna dimana perkara ini tidak benar sama sekali.

Difahamkan cadangan untuk mengutip cukai daripada Facebook dan Google ini bakal meningkatkan ekonomi negara berdasarkan hasil keuntungan kedua-dua syarikat ini di Malaysia.

Tax Aus 2016
Laporan cukai 2016 syarikat digital yang dikenakan Australia

Idea untuk mencukaikan Facebook dan Google juga sudahpun diimplemen di UK dimana negara ini berjaya mengutip cukai sebanyak £36 juta pada setiap £1 bilion yang dijana Google melalui negara tersebut.