Tracking Number adalah nombor siri khas yang diberikan kepada pengirim untuk menjejaki barang yang dikirim supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

Dalam dunia jual beli secara online pula, tracking number amat penting untuk pengirim (pihak penjual) dan penerima (pihak pembeli) supaya dapat tahu status barang tersebut berada di mana. Kebiasaannya penjual akan memberi tracking number kepada pembeli, dan kadang-kala pembeli pula yang perlu meminta tracking number daripada penjual. Langkah ini perlu dilakukan supaya tiada masalah yang timbul kelak.

Semalam saya ternampak satu gambar yang mana penjual memberikan tracking number kepada pembeli.

acfaae


Merujuk pada gambar di atas, pembeli seperti keliru apakah tujuan tracking number yang diberikan (rasa kelakar pun ada). Tapi tak mengapa, saya boleh ajar dengan ringkas bagaimana mahu menggunakannya (Merujuk tracking number dalam gambar di atas).

1 – Anda perlu pergi ke laman web berikut – http://www.poslaju.com.my/track.aspx

2 – Masukkan tracking number yang diberikan. Kemudian klik butang Track.

m58TExT

3 – Anda akan dibawa kepaparan berikut dan boleh lihat rumusan status barang anda di bawah label Process. Untuk maklumat lebih lanjut pula, anda boleh klik pada nombor siri di bawah label Item No.

awdadwa

4 – Anda dapat lihat paparan kronologi penghantaran anda dengan lebih lanjut.

jORdwaelwp

Mudah je kan nak jejak tracking number. Tak perlu nak marah-marah penjual.


Selain daripada sistem tracking number yang disediakan oleh syarikat penghantaran. Anda boleh gunakan Trackback, sistem ini berupaya untuk menjejak tracking number secara automatik dari mula hingga akhir proses penghantaran. Dan ianya All-In-One, hampir semua tracking number dari kebanyakan syarikat penghantaran yang beroperasi di Malaysia dapat dijejaki.

MtgpKUc


Sertai The Vocket di Facebook untuk ketahui artikel menarik daripada kami setiap hari.