Sepanjang sejarah peradaban dunia, manusia telah berperang melawan satu sama lain. Peperangan ini melibatkan kuasa, tempat dan kawasan takluk. Setiap peperangan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan akan berakhir dengan kematian.

Bagi yang menang dalam perang, semestinya mereka akan meraikan. Tetapi tahukah anda, kemenangan juga diraikan dengan memenggal kepala mangsa dan menyimpannya sebagai trofi kemenangan.

Itulah yang terjadi di kawasan Borneo dengan beberapa suku kaum akan memenggal kepala mangsa sebagai lambang kemenangan. Ada juga yang menjadikan kepala itu sebagai ritual keagamaan.

http-inlinethumb06.webshots.com-44293-2508848290105101600S600x600Q85

Aktiviti ini berjalan kira-kira satu abad yang lalu sehingga menakutkan beberapa penjajah British. Tanah Borneo terkenal dengan nama ‘Barbaric Borneo’ di kalangan orang British disebabkan kekejaman dan rasa tidak gentar mereka.

Suku kaum ini mengumpul kepala pahlawan yang berjaya ditewaskan oleh mereka sebagai trofi dan membawa kepala itu pulang untuk diikat di tiang rumah.

Kaum Iban di Sarawak umpamanya, mereka percaya bahawa seorang lelaki yang membawa pulang kepala adalah lambang kepada kejantanan. Tambahan pula, mereka akan di angkat sebagai orang yang terhormat di kalangan suku kaum mereka.

1024px-thumbnail-1
The Culture Trip

Biarpun tradisi ini cuba dihalang ketika James Brooke hadir ke Borneo. Tetapi ia kembali hidup semasa pendudukan Jepun dan ketika Indonesia cuba menyerang Malaysia pada tahun 1960-an.

Bagi kaum Murut pulak, mereka lebih ganas. Walaupun suku kaum Iban memenggal kepala untuk dijadikan trofi. Masyarakat Murut lebih kejam dan hardcore daripada itu.

Melalui kepercayaan kaum Murut, mana-mana lelaki yang gagal memenggal sekurang-kurangnya dua kepala akan dipandang serong dalam komuniti mereka. Manakala bagi yang mahu berkahwin, mereka diwajibkan untuk mendapatkan satu kepala.

Apa yang kejam dan hardcore adalah kaum Murut tidak mempunyai belas kasihan, mereka akan memenggal kepala sesiapa sahaja yang mereka jumpa tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak.

1024px-kgkuaikandazon_sabah_monsopiad-house-of-skulls-01
The Culture Trip

Cara memotong kepala mereka berbeza dengan suku kaum yang berbeza. Dyaks Laut (Iban), misalnya, memotong kepala di leher dan memelihara kedua-dua rahang. Di antara Kelabit, Kenyah dan suku-suku lain. Kepala akan dipotong dengan sangat ganas menggunakan parang.

Ada juga beberapa suku kaum yang lain memotong kepala dengan mengeluar otak mereka dan menjemur kepala tersebut di bawah unggun api. Kulit dagu atau pipi yang sudah terbakar akan dimakan oleh mereka.

Mereka percaya dengan memakan kulit pemangsa, jiwa mereka akan bertambah berani dan mereka tidak akan takut dengan apa-apa.

Biar apa pun motifnya, amalan memenggal kepala orang telah menimbulkan rasa takut kepada orang ramai. Walau pun sudah lama budaya ini berlalu, rasa seram sejuk masih boleh dirasai bagi pengunjung yang pernah hadir ke rumah panjang. Sehingga kini, peninggalan tengkorak kepala masih boleh dilihat hasil peninggalan nenek moyang mereka dahulu.

Berikut adalah cerita lain yang anda boleh baca melibatkan Borneo. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Batu Panggah, Borneo Highland Resorts Ceritakan Kisah Cinta Terlarang Dua Insan

Kisah Perjuangan Datu Tating, Pahlawan Sabah Yang Dilupakan

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Peserta Malaysia Di Mister Global 2019