Selepas 23 tahun penggunaan meriam diberhentikan tanpa apa-apa sebab yang spesifik ketika bulan Ramadan, tradisi tembakan meriam kembali ke Madinah, Arab Saudi dengan izin raja terdahulu, Raja Abdullah Abdulaziz bagi memenuhi permintaan orang-orang Madinah.

Tembakan meriam ini mengembalikan nostalgia sejarah Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri. Ia digunakan untuk mengumumkan permulaan bulan Ramadan dan tanda waktu berbuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Putera Faisal bin Salman telah mengumumkan penggunaannya. Menurut laporan, Madinah mempunyai dua buah meriam, satu di atas Gunung Sal, kira-kira 500 meter dari Masjid Nabi, dan lagi satu di kubu Turki yang berada di dalam kawasan kejiranaan Quba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Madinah Madinah

Negara lain yang turut menjalankan tradisi yang sama ialah Qatar, UAE, Bosnia dan negeri-negeri tertentu di Malaysia.

UAE UAE

Qatar Qatar

Dubai Dubai

Bosnia Bosnia

Sarajevo Sarajevo

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram