Australia dan Belanda telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rusia melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa setelah kes jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17. Tindakan ini bakal memaksa Rusia untuk mengambil bahagian dalam rundingan dengan kedua-dua negara dan juga boleh dihukum oleh organisasi Pertububuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Australia dan Belanda telah memohon pampasan dan permohonan maaf daripada kerajaan Rusia atas bencana MH17 yang menyaksikan 298 orang, termasuk 38 warga Australia, terbunuh apabila ia ditembak jatuh di Ukraine pada 2014. Rusia sebelum ini menafikan penglibatan mereka dan menarik diri daripada rundingan dengan kedua-dua negara pada Oktober 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menteri Luar Australia, Marise Payne, dan peguam negara, Michaelia Cash, mengumumkan pada hari Isnin bahawa Australia bersama-sama dengan Belanda akan mengambil tindakan di bawah Artikel 84 Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, dan akan mendakwa bahawa Rusia melanggar Konvensyen Chicago yang menyokong undang-undang penerbangan.

Kata Payne, Australia masih dengan prinsipnya sejak Mei 2018 bahawa Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa yang menyebabkan jatuhnya MH17. Tindakan yang diambil bersama dengan Belanda merupakan langkah untuk memperjuangkan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti yang dilakukan oleh Rusia.

“Keengganan Rusia untuk bertanggungjawab terhadap peranannya dalam menjatuhkan pesawat MH17 adalah tidak boleh diterima dan kerajaan Australia sentiasa berkata bahawa kami tidak akan mengecualikan sebarang pilihan undang-undang dalam usaha mencari keadilan,” katanya.

Australia dan Belanda akan bergantung harap dengan ‘bukti yang jelas’ bahawa penerbangan itu ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu Buk-Telar, yang diangkut dari Rusia ke ladang pertanian di timur Ukraine pada pagi 17 Julai 2014 – kawasan yang dikawal oleh kelompok pemisah pro-Rusia.

Kedua-dua negara juga akan mengemukakan bukti bahawa sistem peluru berpandu itu adalah milik briged tentera antipesawat ke-53 Rusia, dan diiringi oleh kru tentera Rusia yang terlatih.

Difahamkan bahawa hanya kru Buk-Telar yang terlatih, atau seseorang yang bertindak di bawah arahan atau mempunyai kawalan sahaja yang boleh melancarkan sistem peluru berpandu, yang selepas itu dikembalikan ke Rusia sejurus selepas penerbangan MH17 ditembak jatuh.

Rusia dalang disebalik jatuhnya MH17? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Rusia Dalang Di Sebalik Jatuhnya MH17?

Kapal Terbang MH17 Ditembak Jatuh Oleh Pesawat Askar Russia

Ngeri MH17 Masih Di Udara Sewaktu Kokpit Terpisah Daripada Kapal Terbang