India kini dilanda gelombang kedua wabak COVID-19 dalam seminggu terakhir. Penambahan kes jangkita harian mencapai tahap yang sangat tinggi bermula beberapa hari yang lalu. Dan semalam, negara yang mempunyai ramai penduduk itu mencatatkan 300,000 kes baru.

Bukan sahaja India sudah melepasi rekod tertinggi Amerika Syarikat yang mencatatkan 297,000 dalam masa satu hari. Tetapi apa yang membuatkan situasi ini menjadi lebih sukar dan sedih adalah perubahan netizen India yang kita menggunakan Instagram,

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakyat India kelihatan panik apabila lonjakan kes wabak COVID-19 telah melumpuhkan sistem perkhidmatan kesihatan di India. Hospital sudah dipenuhi dengan para pesakit COVID-19 dan juga pesakit biasa. Bekalan oksigen dilaporkan semakin terhad dan ini akan memberi kesan kepada pesakit yang berada di ICU atau yang memerlukan ventilator.

Media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook dipenuhi dengan catatan panik dari netizen India yang meminta bantuan dunia dengan lonjakan kes yang tidak terkawal. Bharath Pottekkat, di dalam muat naiknya di Instagram telah menulis pesa, “Mumbai, tolong bantu saya! Paru-paru rusak akibat jangkitan pneumonia. Perlu tempat katil di ICU,” katanya seperti yang dilaporkan Bloomberg.

-1x-1-5
Indranil Mukherjee/AFP/Getty Images

Netizen lain pula menyebut bahawa bekalan hospital semakin berkurang di Max Hospital Delhi dan mereka perlukan bantuan segara. Teriak seorang lagi pengguna media sosial yang berada di Mumbai, “Perlu suntikan Tocilizumab. Silakan DM sekiranya anda mengetahui stok di dan sekitar Mumbai,” kata pengguna lain.

Selain tiga media sosial utama tersebut, mesej bantuan turut membanjiri aplikasi pesanan ringkas Whatsapp dan Telegram. Ada beberapa pesanan yang hadir dari ahli keluarga dan teman-teman yang tidak putus asa meminta bantuan, daripada katil hospital, ubat-ubatan dan ujian COVID-19. Malah ada yang meminta bantuan untuk mendapatkan makanan buat ibu bapa mereka yang tinggal di pusat kuarantin.

-1x-1-2
Sanjeev Verma/Hindustan Times/Getty Images

Rakyat India kini berada pada tahap yang sangat memerlukan, bantuan yang diminta adalah harapan agar ada orang atau kumpulan yang akan bertindak balas dengan cara yang lebih cepat terhadap tragedi yang menimpa sebuah negara yang berjumlah 1.3 bilion orang ini.

Ranjan Pai, jutawan yang memiliki Manipal Education & Medical Group, rantai hospital kedua terbesar di India, mengatakan dia dibanjiri permintaan orang yang memerlukan rawatan. Pai mengatakan terdapat beratus-ratus mesej pesanan ringkat yang masuk ke dalam akaun media sosialnya, kebanyakannya penduduk India yang meminta katil di ruang ICU, bekalan oksigen dan ubat-ubatan.

-1x-1-4
Anindito Mukherjee/Bloomberg

Tetapi tiada apa yang dia dapat lakukan kerana 7,000 tempat tidur di 27 rangkaian hospital miliknya sudah penuh. “Tidak ada negara yang mampu mengatasi lonjakan [kes COVID-19] secepat dan sekeras ini,” katanya.

Melihat keadaan suram dan menakutkan di India. Negara dengan berjuta berbilion penduduk itu merekodkan 2,000 kematian akibat jangkitan wabak COVID-19 dan 314,835 kes baharu semalam. India kini berada pada tahap satu malapetaka yang belum pernah mereka hadapi apabila merekodkan kes harian dengan jumlah tertinggi menewaskan Amerika Syarikat.

Bagi jumlah kes jangkitan pula, India memegang tempat kedua tertinggi di dunia dengan hampir 16 juta orang. Walaupun mereka telah menjadi rumah kepada pembuatan vaksin terbesar di dunia, namun India sendiri kini sedang cuba melawan apa yang kini sudah berada di hadapan mereka.

Para pakar menyalahkan aktiviti perayaan dan pilihan raya yang telah mengumpulkan ramai orang dalam satu tempat tanpa menitikberatkan norma baharu. Selain itu juga, pakar turut menyatakan bahawa tahap kesedaran rakyat India yang rendah mengenai wabak ini juga telah menyebabkan kes COVID-19 di India berada pada tahap yang sangat membimbang.

Untuk rekod, kenaikan kes COVID-19 telah memaksa kerajaan India mengeluarkan arahan agar Mumbai dan New Delhi ditutup dan pergerakan keluar masuk ke bandar itu akan ditapis oleh pihak berkuasa.

Adakah sikap degil rakyat India telah memaksa perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Adakah Sikap Degil Rakyat India Telah Memaksa Perintah ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan?

Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Daripada COVID-19

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India

Sumber