Sekuel untuk filem hebat Train To Busan, Peninsula telah memperlihatkan trailer rasmi kedua mereka tentang kehidupan penduduk dunia selepas 4 tahun kejadian serangan zombie di Korea Selatan.

Dunia kini bertukar menjadi tempat yang didominasi oleh zombie dan hanya sekumpulan manusia sahaja yang masih survive. Jung-Seok, seorang askar yang terselamat daripada ancaman zombie telah diarahkan untuk menyertai sebuah lagi operasi dengan dua objektif mudah: pergi dan menyelamat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau bertemu manusia yang masih terselamat dan hidup mati mereka kini berada di tangan Jung-Seok. Filem ini tetap diarahkan oleh Yeon Sang-Ho, pengarah asal Train To Busan.

Peninsula kekal akan ditayangkan di pawagam musim panas ini. Kami tahu ramai yang sudah rindu untuk tonton filem di pawagam dan ini antara filem yang perlu ditonton apabila ia keluar kelak.

BoboiBoy The Movie 2 semalam cipta sejarak apabila tercalon finalis anugerah filem animasi New York. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

BoboiBoy The Movie 2 Cipta Sejarah Tercalon Finalis Anugerah Filem Animasi New York

John Wick Dipilih Sebagai Tajuk Selepas Keanu Reeves Kerap Lupa Nama Asal Filem Tersebut

Pengarah Filem Extraction Jelaskan Mengapa Kereta Proton Digunakan Di Dalam Filemnya