Jika anda tidak pernah menonton siri tv Black Mirror, kami sarankan anda menonton musim pertama sehingga musim ketiga dahulu. Black Mirror merupakan antara siri TV terbaik di Netflix kerana ia sangat mind fuck. Setiap episod Black Mirror mempunyai kisah yang berlainan.

Terbaru, Black Mirror mengeluarkan trailer salah satu episod dalam musim ke-4 bertajuk “Arkangel” yang diarahkan oleh Jodie Foster. Episod ini menunjukkan bagaimana sesetengah orang sanggup lakukan apa saja untuk mengawasi anak mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dibintangi oleh Rosemarie DeWitt, seorang ibu muda yang paranoid menggunakan servis sebuah syarikat teknologi untuk mengawasi anaknya. Hasilnya, anaknya dicucuk oleh satu jarum besar di kepala oleh syarikat teknologi itu dengan tagline “The key to good parenting is control.”

Netflix belum mengumumkan lagi tarikh tayangan Black Mirror musim ke-4 tapi ia dijangka ditayang pada 2018. Tonton trailer di atas dahulu dan kongsikan pendapat anda di bawah.