Akhirnya kartun animasi 3D dari produksi Wau Animation telah mengeluarkan trailer bagi filem animasi pertama mereka iaitu Ejen Ali: The Movie.

Difahamkan filem Ejen Ali The Movie ini bermula selepas Ali dan rakan-rakan menewaskan Uno dan konco-konconya yang bernama Numeros di dalam musim kedua. Pada masa yang sama muncul seorang watak misteri muncul dan mengaku bahawa dia mempunyai pertalian mengenai Ali. Filem pertama Ejen Ali ini bakal ditayangkan dipawagam pada akhir tahun ini. Tonton trailer epik daripada filem animasi tempatan ini.