Mula dikeluarkan secara teaser sejak beberapa hari yang lalu, akhirnya Universal Pictures telah mengeluarkan trailer penuh bagi filem terbaru mereka iaitu Jurassic World: Fallen Kingdom. Dilakonkan oleh Chris Pratt atau lebih dikenali dengan watak Star-Lord, filem ini memperlihatkan bagaimana manusia yang pada mulanya menemui sebuah pulau yang dipenuhi dinosaur.

Keadaan menjadi lebih parah apabila terdapat segelintir manusia yang bertindak rakus lalu mengancam ekosistem dinosaur. Tonton trailer Jurassic World: Fallen Kingdom terlebih dahulu sebelum mula ditayangkan secara rasmi 22 Jun 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →