Selepas suit baharu Spidey diperlihatkan bulan lalu, muncul pula beberapa adegan baharu untuk filem Far From Home.

Adegan berkenaan didedahkan dalam iklan terbaru di China, pasaran penting buat Marvel Studios. Dalam trailer ini, dapat didengari suara Mysterio (Jake Gyllenhaal) menerangkan bahawa ramai yang perlu bergantung kepadanya serta beberapa adegan baharu dalam Far From Home.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam pada 2 Julai 2019 tetapi akan menembusi pasaran China lebih awal iaitu pada 28 Jun 2019.