Jika trailer pertama Detective Pikachu lebih memfokuskan kepada watak Pikachu dan rakannya Tim, trailer kedua ini lebih menfokuskan kepada Pokemon lain yang bakal muncul dalam filem ini.

Lebih banyak aksi turut diperlihatkan melalui trailer ini dan antara Pokemon popular yang akan buat kemunculan adalah Snorlax, Bulbasour, Lickitung dan Pokemon terkuat dalam dunia Pokemon, Mewtwo!

Pada mulanya kami agak tidak berminat dengan filem ini tetapi menerusi trailer kedua ini, filem ini ada potensi untuk menjadi fenomena. Detective Pikachu akan ditayangkan di pawagam pada 10 Mei depan.