Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Akhirnya, DC Comics keluarkan juga trailer untuk filem Justice League. Dan daripada apa yang saya lihat, ianya sangat awesome!

Dalam trailer ini, setiap superhero yang akan beraksi dipamerkan satu persatu dan nampaknya villain untuk filem ini juga sudah tertiris. Ianya ‘serangga’ terbang yang muncul dalam mimpi Bruce Wayne dalam filem Batman Vs Superman.

Plot filem Justice League akan mengambil kesinambungan dari filem Batman Vs Superman di mana Batman dan Wonder Woman ingin mengumpulkan para manusia dengan kuasa luar biasa. Aquaman, Cyborg dan The Flash muncul untuk bergabung tenaga melawan musuh. Bersabarlah sehingga November untuk lihat filem ini.

Anda Mungkin Suka