Semua orang sedia maklum hubungan antara Malaysia dan Palestin umpama adik-beradik jauh, ‘cubit peha kiri, paha kanan juga terasa’. Ada sahaja perkara yang kita kongsikan bersama.

Terbaharu, aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri, telah berkongsi satu perkembangan baik yang berlaku di negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebuah trak bomba hasil buatan Palestin yang disumbangkan melalui MyAqsa Defenders telah dipertontonkan kepada orang ramai. Menurut Nadir, trak tersebut merupakan hasil biaya yang disalurkan daripada rakyat Malaysia.

Trak tersebut dibangunkan oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza dan berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan. Menurut MyAqsa Defenders, trak ini mampu membawa air sebanyak lebih daripada 5,700 liter pada satu-satu masa.

“Memang seram sejuk apabila melihat video trak ini beraksi MashaAllah. Tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini dalam khidmat kita kepada bumi yang telah dikepung ini.

“Alhamdulillah hari ini sejarah sekali lagi tercipta, kerana memang sejarah ditulis oleh tangan-tangan kita sendiri melalui perancangan yang teratur dan berkesan,” ujar Nadir.

Beliau turut mengesahkan bahawa empat buah lagi akan disumbangkan oleh Cinta Gaza Malaysia selepas trak pertama ini melepasi fasa percubaan untuk selama beberapa bulan.

Anda boleh lihat proses pembuatan trak bomba pertama Palestin menerusi video-video di bawah.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu jenama tudung terkemuka dUCK berjaya kutip RM1 juta untuk bantuan Palestin. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Tabung Amal dUCk x Viva Palestina Malaysia Berjaya Kutip RM1 Juta Untuk Bantu Palestin

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Duta Israel Di PBB ‘Koyak’ Selepas Emma Watson Suarakan Solidariti Dengan Palestin

Sumber