Xiaomi merupakan syarikat yang semakin berkembang di China. Xiaomi yang pada awalnya memfokuskan kepada menghasilkan telefon pintar dengan harga yang rendah kini telah menceburi industri barangan elektronik dengan menghasilkan televisyen dan penapis udara.

Oh ya, jangan terkejut jika saya katakan Xiaomi juga ada menghasilkan periuk nasi sendiri dan periuk nasi keluaran Xiaomi merupakan antara periuk nasi tercanggih dunia ketika ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Perkembangan Syarikat Xiaomi nampaknya tidak berakhir di situ sahaja. Yang terbaru, Xiaomi telah bekerjasama dengan Hasbro untuk menghasilkan sebuah figura aksi yang diinspirasikan daripada robot Transformers Soundwave daripada Xiaomi Mi Pad 2.

CfRN6vjUAAA_nEF

Apa yang lebih menarik tentang figura aksi ini adalah rekaan dan kekemasan yang dititikberatkan oleh dua syarikat ini.

Jika dikaitkan dengan Robot Transformers sudah tentu Xiaomi Mi Pad 2 ini mampu diubah menjadi Transformers Soundwave.

mi-pad-transformer-01

CfRN6eoVAAAZQJh

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Xiaomi tentang penjualan figura aksi ini. Pada pendapat kami, peluang untuk mendapatkan figura aksi ini agak tipis memandangkan terdapat beberapa barangan keluaran Xiaomi sebelum ini yang tidak dijual untuk pasaran Malaysia.

Anda Mungkin Suka