Transformers arahan Michael Bay merupakan antara siri filem yang paling banyak menjana keuntungan di Hollywood. Meskipun menerima kritikan yang negatif daripada para peminat Transformers sejak dari awal pembikinan filem Transformers, keuntungan yang diterima oleh syarikat Paramount Pictures amatlah memuaskan.

Tajuk terbaru filem kelima Transformers ini baru sahaja diumumkan dengan tajuk The Last Knight. Tajuk yang diumumkan ini sedikit sebanyak sangat mirip jika dibandingkan dengan filem kedua Batman arahan Christopher Nolan iaitu The Dark Knight.

lastknight

Setakat ini, masih belum ada sebarang info tentang plot terbaru filem Transformers ini memandangkan produksi bagi filem terbaru ini akan mula dijalankan pada bulan hadapan iaitu pada 6 Jun 2016. Mark Wahlberg selaku pelakon utama bagi filem ini bakal berganding bersama Isabela Moner selaku heroin bagi filem ini.

Terima kasih kepada Paramount Pictures atas teaser pertama filem terbaru Transformers: The Last Knight. Filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pada 23 Jun 2017 ini.