Sejak kebelakangan ini kita digemparkan dengan kajian para saintis dari Amerika Syarikat yang ingin melakukan pemindahan organ babi ke tubuh manusia sebagai salah satu jalan penyelesaian terhadap masalah kekurangan penderma organ. Pemilihan haiwan tersebut sebagai ‘ganti’ adalah kerana saiz organnya yang hampir sama dengan manusia.

Dalam satu laporan pada tahun 2014, para saintis telah membuktikan hasil DNA haiwan tersebut mampu menumbuhkan kembali otot kaki manusia dengan menggunakan kaedah implan yang dibuat dari jaringan kandungan air kencing babi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

humanpig

Namun begitu, usaha para saintis mencari solusi masalah kekurangan penderma organ ini menimbulkan banyak kontroversi terutama apabila ianya melibatkan penganut agama Islam kerana haiwan tersebut terdiri di dalam kategori najis berat.

Setelah kajian selama beberapa tahun , terkini para penyelidik telah menemui satu sistem suntingan gen CRISPR–Cas9  bakal digunakan untuk melawan 25 jenis virus yang menyerang babi supaya virus ini tidak berjangkit ke tubuh manusia apabila pemindahan organ dilaksanakan.

Untuk ujian pemindahan yang sebenar, para saintis mensasarkan jantung, hati dan ginjal kerana organ ini adalah yang paling banyak diperlukan. Dianggarkan ianya bakal dilakukan seawal tahun 2019. Bagaimanapun ia hanyalah anggaran sahaja, penyelidikan secara terperinci dan teliti masih lagi di dalam kajian.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan sumbangan dengan menderma organ, anda boleh layari lawan web rasmi derma organ di dermaorgan.gov.my untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Sumber