TRAPO, sebuah jenama aksesori kereta terkemuka di Malaysia telah melancarkan dua produk baharu hasil kolaborasi eksklusif yang diinspirasi oleh watak-watak Star Wars yang diminati ramai: pemegang telefon kereta dan alas cawan edisi khas yang moden dan bergaya.

Dengan koleksi edisi terhad yang menarik ini, TRAPO berharap dapat mendekatkan momen Star Wars yang menjadi kegemaran peminat kepada pemandu bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Oleh itu TRAPO memberikan diskaun sehingga 15% bagi mereka yang ingin mendapatkan dua pemegang telefon dan dua alas cawan, di mana kesemua aksesori itu hadir dengan tema Darth Vader dan Stormtrooper.

Dalam pada itu TRAPO juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi peminat Star Wars yang mahu mix & match aksesori tersebut.

“Di TRAPO, kami percaya bahawa setiap individu harus merasai pemanduan yang selesa dan menyeronokkan – terutamanya ketika mengembara di galaksi.

“Ramai diantara kita di Malaysia membesar dengan Star Wars, justeru ramai peminat dewasa yang mencari koleksi Star Wars baru untuk menunjukkan minat yang mendalam kepada francais kegemaran mereka.

“TRAPO berusaha untuk menawarkan sentuhan segar kepada motif-motif ikonik Star Wars, dengan harapan supaya pemandu
boleh memandu dengan lebih gaya di jalan raya” kata Tzong, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama TRAPO.

Mengambil kira fungsi dan reka bentuk menarik, koleksi baru yang terinspirasi oleh Star Wars ini merangkumi pemegang telefon kereta yang selamat digunakan dan alas cawan yang diperbuat daripada 100% elemen Diatomik untuk mengelakkan kesan tumpahan air di dalam kereta.

Produk baharu yang terinspirasi oleh Star Wars kini boleh didapati melalui laman web rasmi dan mana-mana hub TRAPO berhampiran anda.

Sumber