Sebelum ini, berita pergolakan rumah tangga selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora mendapat liputan meluas dimana Lesti dilaporkan menjadi mangsa Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT).

Dalam laporan tersebut, Rizky Billar mula bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya. Terbaharu, Lesti sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng selama empat hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti enggan pulang ke rumah yang didiami bersama Rizky kerana mengakui masih trauma. Tambahnya, Lesti mengalami kecederaan pada dua bahagian leher gara-gara tindakan panas baran Rizky.

Menurut laporan, Lesti mendakwa suaminya berlaku curang lalu Rizky mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga Lesti terjatuh di lantai.

Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Sumber