Ketika ini, boleh dikatakan ramai orang mula mendaki ke bukit atau gunung untuk menikmati alam semulajadi selepas lama terkurung di rumah. Malah, anda pasti tidak akan melepaskan peluang jika dapat menyaksikan sendiri keindahan alam walaupun perlu berjalan jauh.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amizaazlin berkongsi dirinya berasa trauma apabila melihat seorang wanita tidak sedarkan diri dibawa turun oleh kakitangan Taman-Taman Sabah. Malah, mangsa telah diberi bantuan kecemasan dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@amizaazlin/video/7029384298553707802

Difahamkan, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang. Kejadian tersebut membuatkan Amiza berasa takut sebelum memulakan perjalannya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mendoakan mangsa tersebut. Hal itu juga membuka mata segelintir netizen bahawa sebenarnya bukannya boleh ‘hiking’ tanpa keadaan fizikal yang bersedia.

Malah, para netizen mengatakan sebelum ‘hiking’ seharusnya tahu keupayaan diri dan tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan aktiviti lasak itu. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyarankan agar mereka yang mahu ‘hiking’ selepas ini untuk pastikan diri ‘fit’ dahulu dan tahu kemampuan diri.

Sementara itu, selain Bohey Dulang, terdapat banyak destinasi menarik yang boleh anda kunjungi di Sabah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

Perkongsian Menarik Bagaimana Lelaki Ini Tawan Puncak Gunung Rinjani Tanpa Latihan Fizikal

10 Lokasi Treking Dan Hiking ‘Best’ Dalam Malaysia Untuk Kaki Gunung