Dalam artikel ni aku nak berkongsi tips travel ke New Zealand. Bulan 1 hari tu aku dan kembar aku Asiah Nadhirah Nizam jelajah South Island of New Zealand by car – 830km, RM3,400.

Hari pertama
Kuala Lumpur – Auckland – Christchurch (bermalam dan ambil kereta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari ke 2
Castle Hill – Lake Tekapo – Lake Pukaki -Twizel (bermalam).

Hari ke 3
Lake Wanaka – Queenstown. Di Queenstown kami melawat banda ini dan Lake Wakatipu. Malam tengok stargazing. Kami bermalam di sini.

Hari ke 4
Aktiviti Ledge Swing di Queenstown – Aktivity Zipride di Kawarau River – bertolak dan bermalam di Dunedin.

Hari ke 5
Berehat di Dunedin (tempat kembar aku belajar).

Hari ke 6 dan ke 7
Sightseeing di Dunedin. World’s Steepest Road.

Hari ke 8
Dunedin – Nugget Point – Invercargill, Bluff (bermalam di sini).

Hari ke 9
Bluff – Dunedin – Moeraki Boulders – Christchurch (bermalam di sini).

Hari ke 10
Flight Christchurch – Auckland – Kuala Lumpur – Terengganu.

Baca: 40 Tip Bagaimana Saya Travel Sendiri Dengan Keluarga Di New Zealand

1. Tiket dan airport

Aku beli tiket dengan ejen. Jadi aku dapat tiket yang murah berbanding biasa, RM 1600 return tiket Air Asia. Beberapa hari lepas baru aku dapat tahu rupanya ejen tu scammer. Alhamdulillah aku dapat tiket dan trip aku berjalan lancar untuk kali ni.

Kalau korang ada destinasi lain lepas Auckland, jangan ambil flight yang gap dia terlalu rapat dengan waktu ketibaan korang di Auckland. Paling kurang 3 jam gap tu. Nak naik flight domestik, boleh naik bas free yang boleh bawa korang ke terminal domestik.

Kalau korang naik AirAsia, nanti ada transit di Gold Coast. Ada pengumuman dalam flight sebelum mendarat. Dengar elok-elok tau. Pihak AirAsia bagi tahu nanti nak masuk lorong mana.

Sebelum mendarat di Auckland tu, dalam flight kena isi declaration form. Maknanya setiap makanan yang korang bawa kena beritahu dan istiharkan. Isi betul-betul nanti kena saman. Bawa pen satu.

Di emegresen pula, kalau korang bawa makanan kena masuk ke lorong khas untuk declare and check makanan dalam beg.

Tak boleh bawa madu, tumbuh-tumbuhan, serangga, benda yang ada serangga (lada kering aku hari tu kena inspect sebab dia ingat ada serangga).

Dapat visa on arrival.

Macam mana nak ke domestic airport dariĀ  international airport? Hanya perlu tunggu bas. Ada perkhidmatan bas percuma di depan international airport tu. Atau kalau nak jalan-jalan, boleh je. Ikut saja garisan hijau yang ada di lantai, bermula di pintu masuk ke airport.

Sebelum keluar dari negara New Zealand pula, kena isi declaration form sekali lagi dan serahkan masa di immigration control. Berlambak je declaration form tu di airport.

2. Kereta

Kereta sewa cari di internet dan kena bandingkan harga. Google je cari kereta sewa (rental car in South Island, New Zealand).

Lesen memandu Malaysia boleh guna di New Zealand tau. Tak perlu susah-susah mohon lesen memandu antarabangsa.

Nak tengok kereta tu murah ke tak, sehari 40 NZD tu mahal. Berlambak kereta di bawah harga ni.

Travel dalam kumpulan. Boleh bahagi-bahagi duit. It will get cheaper.

GPS boleh disewa. Kita orang dapat 25 NZD satu unit. Guna berhari-hari tu. Kira murah lah. Sebab ada je syarikat yang kasi sewa ikut hari. Kadang-kadang 25 NZD tu satu hari. Mahal tu.

Kalau tak nak sewa GPS pun okay, download apps ke HP. GPS yng boleh digunakan tanpa internet antaranya MAPS.ME. Kalau Google Maps pun okay, tapi ada sesetengah jalan tu tak ada garisan. Hahahaha.

Pandu di waktu siang. Di sini tak ada lampu jalan sangat. Jadi jalan gelap di waktu malam.

Pandu elok-elok tau. Ingat had memandu di sana.

Di NZ juga ada jambatan sehala. Maksudnya satu jalan je boleh lalu dekat di situ pada satu-satu masa. Pandai-pandailah bergilir dengan kereta sebelah lain tu.

Kalau masa mula-mula dapat kereta tu minyak penuh, makanya masa hantar dan pulangkan nanti kena isi penuh juga.

Sila jangkan kos lebih tinggi di musim sejuk sebab kena pasang pemanas di kereta.

3. Tempat tinggal dan makanan

Cari di Booking.com dan Agoda.com. Kalau travel dalam kumpulan 4 ke 5 orang, boleh duduk di Backpackers. Backpackers in bukan hotel, tapi macam dorm hostel. Kongsi dapur, tandas. It’s cheaper that way. Caj dikenakan dalam 20 – 35 NZD seorang satu malam.

Nak berkhemah boleh, tapi sejuklah malam-malam tu. Baik bawa sleeping bag. Hahahahaha.

Makanan halal di sini banyak je, terutamanya Auckland. It’s okay.

Bawa makanan and air sebelum mulakan perjalanan.

Kalau nak beli barang keperluan harian, tempat yang banyak barang murah-murah ialah Countdown, New World, dan Pak n Safe. Korang boleh dapat roti dengan harga 1NZD je di sini.

Cakap pasal air, air kat sini free. Ambi je air paip. Tu dah macam air mineral dah. Sistem pengairan di sini tiptop.

4. Barang lain

Bawak adapter dan extension.

Bawak botol tandas.

Bagi siapa-siapa yang ada motion sickness, sila bawa ubat. Jalan di sini kebanyakannya macam ular kena palu.

Boleh semak cuaca di Metservice.com dalam 2 ke 3 hari sebelum trip bermula.

Simcard data mobile. Tak perlu beli. Jika korang pergi ke Backpackers atau hostel atau tempat sewa kereta, di kaunter tu ada bagi simcard percuma untuk pelawat. Ambi je. Nanti pergi kedai beli di topup. Dan kadang-kadang talian telefon dan internet tak ada di kawasan tertentu. Just bear with it.

Jika travel di musim panas iaitu antara bulan 12, 1, 2 tu taklah panas sangat. Bawa baju tebal sikit. Sweater pun okay. Walaupun musim panas tapi masih juga sejuk.

Jika travel di South Island, lagi sejuk dan bawalah baju lagi tebal.

Jika tengok satu tempat tu ramai gila orang, maknanya best lah tu tempat tu. Jangan takut jangan malu. Pergi je tengok.

Bagi sesiapa yang travel guna GoPro, nak ambil gambar tak perlu guna connection with smartphone bila nak ambik gambar. Boleh guna mode video+picture. Setiap 5 saat GoPro akan rakam video dan ambil gambar. Pandai-pandailah lah posing setiap 5 saat. Hahahaha.

 

Kos

Tiket penerbangan RM1600 / 500 NZD

Pengangkuta (314 NZD untuk 8 hari. 157NZD seorang)

Minyak kereta (250 NZD, 125NZD seorang)

Ledge swing(160NZD seorang)

Zipride(50NZD . Atau 25NZD seorang)

Gondola (66NZD. Atau 33NZD seorang)

Penginapan di Queenstown(58NZD. Atau 29NZD seorang)

Penginapan di Twizel(68NZD. 34NZD seorang)

Total kos aku : 1063 NZD = RM 3400.

Baca lagi: Inilah 20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand