Nota Editor: Itinerari trip bajet RM500 ini telah dikongsikan di Blog AsriPicture. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia dapat membantu anda yang ingin travel ke Bangkok dengan bajet di bawah RM500.

Hari 1: 3 Ogos 2015

Kelantan – Butterworth: RM 38.20

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Hari 2: 4 Ogos 2015

Butterworth – Georgetown (naik feri): RM 1.20 (untuk pergi dan balik semula ke Butterworth)

bangkok-1

Georgetown: Pusing-pusing Pulau Pinang FREE (ambil bas yang bertanda CAT yang free yang sudah ditetapkan hanya melalui laluan-lauan yang popular di Penang).

Jika mahu ke Street Art Penang, berhentilah di Kampung Kolam. Dari situ anda boleh berjalan-jalan di sekitar untuk mencari-cari tempat-tempat yang dilukis dengan gambar-gambar yang berseni.

bangkok-2

pulau-pinang

Kampung Kolam – Terminal Feri: FREE (Bas CAT)

KTM Butterworth – Bangkok: RM112 (harga untuk pergi sahaja)

Keretapi dari Thailand delay sehingga pukul 3.30pm, yang sepatutnya bertolak pada pukul 2pm

HARI 3: 5 Ogos 2015

Sampai di Bangkok pukul 12.35pm (masa thailand). Masa malaysia 1.35pm (awal satu jam daripada Thailand).

bangkok-1

Gambar diambil dari Ahmad Aizzuddin, teman seperjalanan di Bangkok

 

bangkok-2

Stesen keretapi Bangkok, Hua Lamphong

Stesen Keretapi Bangkok – MRT Hua Lamphong: FREE (berjalan kaki dalam bangunan yang sama)

bangkok-3

MRT Hua Lamphong – MRT Sukhumvit: 28 Thai Bhat

bangkok-4

Cari, cari dan terus cari. Itulah perkara yang dilakukan dalam travel

 

MRT SUkhumvit – BTS Asok: FREE (berjalan kaki dalam bangunan yang sama)

BTS Asok – BTS Nana: 8 Thai Bhat

bangkok-5

BTS menggunakan kad, manakala MRT menggunakan token. Kami sampai di BTS Nana pada pukul 1.35pm (masa Thailand)

BTS Nana – The Blocks Hostel: FREE (berjalan kaki dalam 300 meter dari stesen)

The Blocks Hostel: 700 Thai Bhat deposit kunci 100 Thai Bhat dan akan dapat semula deposit selepas check out) ini harga untuk 2 malam.

bangkok-6

The Blocks Hostel – BTS Asok: FREE (berjalan kaki dalam 200 meter)

BTS Asok – BTS Saphan Taksin: 42 Thai Bhat

BTS Saphan Taksin – Medan Selera Bangkrak (nasi goreng ayam): 40 Thai Bhat, (air mineral): 10 Thai Bhat

bangkok-7

bangkok-8

bangkok-9

bangkok-10

Medan Selera Bangkrak – Masjid Ban Oou (solat jamak asar-zuhor): FREE (berjalan kaki dalam 100 meter)

bangkok-11

Masjid Ban Oou – Jeti Chyo Phrya Boat Ekspress: FREE (berjalan kaki dalam 300 meter)

Jeti Chyo Phrya Boat Ekspress – Stesen 8 Tha Thien (ambil boat warna oren): 20 Thai Bhat

bangkok-12

Stesen 8 Tha Thien – Wat Arun (naik boat di sebelah Stesen 8): 3 Thai Bhat

bangkok-13

Wat Arun dalam proses penyelenggaraan. Tidak dapat naik ke atas sebab masanya hanya 8am-6pm sahaja. Kami sampai lewat. Sayangnya!

bangkok-14

Menunggu bot sampai untuk ke Wat Arun.

 

bangkok-15

Wat Arun dari pintu masuk

 

bangkok-15

Wat Arun dari tepi

 

Wat Arun – Stesen 8 Tha Thien: 3 Thai Bhat

bangkok-17

Grand Palace

 

bangkok-18

Grand Palace juga kami tidak dapat masuk, kerana sudah malam. Untuk masuk ke Grand Palace, ada bayaran, kalau tidak salah dalam 400 Thai Bhat

bangkok-19

Stesen 8 Tha Thien – Kawasan Sekitar: Grand Palace, Kementerian Pertahanan (lihat merian asal patani yang asli dipamerkan di sini), dan banyak tempat menarik di sekitar: FREE (hanya berjalan kaki)

bangkok-20

Di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan ini tersimpan dan dipamerkan meriam yang dihasilkan oleh zaman ‘Ratu-ratu’ yang memerintah Patani.

Meriam dirampas apabila patani jatuh ke tangan siam. Meriam yang terdapat berdekatan masjid kerisik adalah meriam tiruan yang dibina semula mirip-mirip.

Itupun sudah dirosakkan oleh rakyat kerana mereka mahu meriam ini diletakkan di tempat yang sebenar di wilayah Patani sekarang.

Oleh kerana waktu sudah malam, maka gambar tidak jelas untuk mengambil meriam patani dengan lebih dekat. Maaf.

bangkok-20

Kawasan Tha Thien – Khaosan Road: FREE (berjalan kaki 500 meter)

bangkok-22

Khaosan Road yang tidak mati diwaktu malam.

Sebagai Muslim, tiada apa makanan yang halal ditemui di sekitar ini, tetapi untuk shopping, di sini adalah lebih murah berbanding kawasan-kawasan lain, termasuklah jika mahu mengurut kaki.

bangkok-23

Democracy Monumen – The Blocks Hostel: 20 Thai Bhat (naik bas nombor 2 atau 511. Tunggu bas di jalan yang menghala dari Khaosan Road ke Democracy Monument. Turun di bus stop nombor 12: Sukhumvit Soi)

Bus stop 12 – The Blocks Hostel: FREE (berjalan kaki 300 meter)

HARI 4: 6 Ogos 2015

The Blocks Hostel – MRT Sukhumvit: FREE (berjalan kaki 300 meter)

MRT Sukhumvit – MRT Hua Lamphong: 28 Thai Bhat

MRT Hua Lamphong – Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong: FREE (berjalan kaki 200 meter dalam bangunan yang sama)

bangkok-24

bangkok-25

Sarapan di Medan Selera Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong (nasi goreng ayam): 45 B, (air mineral): 10 Thai Bhat

Stesen Keretapi Bangkok – Stesen Ayutthaya: 15 Thai Bhat

Stesen Ayutthaya – Kedai sewa motor: FREE (berjalan kaki 100 meter)

Sewa motor: 150 B (harga sewa ini sehingga 7pm sahaja)

Minyak motor: 20 Thai Bhat

Baca: 9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia

bangkok-26

bangkok-27

Stesen Ayutthaya – Stesen Bangkok: 15 Thai Bhat

Solat jamak asar-zuhor dan maghrib-Isyak di surau stesen Bangkok.

Stesen Bangkok – MRT Hua Lamphong: FREE

MRT Hua Lamphong – MRT Samyan: 16 Thai Bhat

MRT Samyam – MBK Mall: FREE (berjalan selama 17 minit)

bangkok-28

Makan malam di medan selera MBK Mall (tingkat 6): (nasi kuning, ayam dan sup) 45 B, (air mineral): 10 Thai Bhat

MBK Mall – BTS Siam: FREE (berjalan kaki menyusuri pasar malam di sekitar, ambil masa dalam 20-30 minit sebab orang terlalu ramai)

bangkok-29

BTS Siam – BTS Asok: 28 Thai Bhat

BTS Asok – The Blocks Hostel: FREE (berjalan 300 meter)

HARI 5: 7 Ogos 2015

The Blocks Hostel – Terminal 21 Mall (Bangunan yang sama di BTS Asok dan MRT Sukhumvit): FREE (berjalan kaki 300 meter)

bangkok-30

Sarapan di Terminal 21 Mall (tingkat 5): (Nasi Ayam) 40 B, (Sup Ayam) 40 B, (air mineral) 10 Thai Bhat

BTS Asok – BTS Ratchthewi: 31 Thai Bhat

bangkok-31

BTS Ratchthewi – Masjid Darul Aman (Solat Jamak Zuhor-Asar): FREE (berjalan kaki dalam 200 meter)

bangkok-32

Singgah di Kedai Makan Farida Fatornee makan pulut magga: 100 Thai Bhat (pulutnya agak mahal harganya tetapi rasanya sungguh sedap, inilah pulut mangga paling sedap pernah dirasa)

bangkok-33

bangkok-34

Seperti inilah wajahnya ‘tuk-tuk’

 

Farida Fatornee – Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong: 60 Thai Bhat (naik teksi

‘tuk-tuk’)

Keretapi Bangkok – Butterworth, Penang: 1120 Thai Bhat

*Bertolak pukul 2pm dari stesen keretapi Bangkok, Hua Lamphong.

HARI 6: 8 Ogos 2015

Beli sarapan (bungkus) di kantin stesen padang besar selepas selepas urusan pasport: (Nasi putih, lauk ayam) RM4.50, (Air mineral) RM1.50

Butterworth – Georgetown, Penang: RM 1.20 (naik feri)

Georgetown – Pusing-pusing pulau pinang: FREE (ambil bas yang bertanda CAT yang free yang sudah ditetapkan hanya melalui laluan-lauan yang popular di penang)

Georgetown – Komtar Pusat (Stesen 9)

Beli tiket bas balik ke Kelantan: RM 45 (ekspress perdana), tetapi perlu naik di Terminal Bas Sungai Nibong.

Kompat Pusat – Chowrasta (Stesen bas 12): FREE (Bas CAT)

Makan (cendol ais kacang): RM 2.20, (laksa penang): RM 3.50, (samosa) RM 1.50 x 2 = RM 3. Penang popular dengan durian ‘musang king’, kalau ada duit lebih bolehlah untuk cuba. Harganya agak mahal sebab kualiti duriannya sungguh baik.

bangkok-35

Laksa Penang. Sedap sungguh! Rasa ini tak sama dengan Laksa Penang yang saya pernah makan di Kelantan.

Saya tanya apa rahsianya, kata tauke sebab ikan banyak. Saya tambah, mungkin juga sebab otak udang kan.

bangkok-36

Cendol ais kacang.

 

bangkok-37

Sebelah Chowrasta ada jugal kedai yang jual jeruk Pak Ali jika anda berminat untuk mendapatkan jeruk Pak Ali. Memang sedap, makannya tidak akan sakit tekak.

Chowrasta – Kampung Kolam (Stesen 15): FREE (Bas CAT)

Solat Jamak Asar-Zuhor di Masjid Kapitan Keling. Hanya ambil masa 5 minit berjalan ke masjid dari tempat turun di Kampung Kolam.

bangkok-38

bangkok-39

Masjid Kapitan Keling – Komtar: FREE (berjalan kaki selama 15 minit)

Komtar – Sungai Nibong: RM 2 (ambil bas rapid Penang 303, pada pukul 7pm. Berjalanan ambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Sungai Nibong)

bangkok-40

Sungai Nibong – Kelantan: Bertolak pukul 9 malam.

Hari 7: 9 Ogos 2015

Sampai di Kota Bharu pada 4.30am

Tamat.

Baca lagi : 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka