Pasti setiap orang mengimpikan untuk memiliki kereta idaman bahkan pergi melancong dalam dan luar negara. Jika diberi pilihan, mana yang anda akan lakukan, melancong ataupun membeli kereta?

Berdasarkan pertanyaan dan maklum balas yang diterima, jelas menunjukkan bahawa generasi muda sangat cenderung untuk melancong berbanding membeli kereta. Berikut merupakan apa yang dapat kami simpulkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo6201600538685057033

photo6199498285337651244

Kemudahan pengangkutan awam semakin meluas dan semakin baik hari demi hari. Tidak dinafikan kemudahan pengangkutan awam sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat itu sendiri.

Bagi golongan anak muda, membeli kereta bukanlah menjadi satu keutamaan bagi mereka apabila kemudahan pengangkutan awam memudahkan mereka untuk pergi ke destinasi yang ingin ditujui. Walaupun tanpa memiliki sebuah kereta, mereka mampu untuk sampai ke destinasi yang dituju.

socar5

Mengapa harus menanggung bebanan hutang kereta, sedangkan terdapat alternatif lain yang boleh digunakan seperti e-hailing services dan pengangkutan awam. Malah, jika menggunakan pengangkutan awam akan menjimatkan masa, dapat berjimat dan menjaga alam sekitar.

Jika membeli kereta, anda harus bersedia untuk kos-kos yang lain seperti penyelenggaraan kereta, minyak kereta, tol dan sebagainya. Walaupun tidak mempunyai kereta, dengan adanya e-hailing services seperti SOCAR, Grabcar dan lain-lain pastinya akan memudahkan anda ke destinasi pilihan anda.

2018_Perodua_Myvi_1.3_Premium_X
Kereta pilihan anak muda. Sumber: wikimedia

Mungkin memiliki sebuah kereta adalah satu keperluan, dan melancong adalah kehendak, tetapi bagi golongan anak muda, melancong sudah menjadi satu keperluan.

Jauh perjalanan luas pemandangan, semakin kita menerokai dunia, semakin kita belajar banyak tentang dunia. Bagi golongan anak muda, jika berpeluang menjelajah ke serata dunia ianya merupakan satu peluang keemasan.

Harta boleh dicari, tapi pengalaman dan peluang tidak datang selalu. Selagi masih muda, menjelajahlah ke dunia luar, menikmati alam semulajadi dan paling utama adalah mencari kebahagiaan diri sendiri.

perhentian_besar-571f27505f9b58857dc14987

Oleh itu, golongan anak muda merasakan bahawa apabila melancong mereka akan dapat banyak manfaat seperti menambah kenalan, merehatkan minda agar dapat berfikir lebih kreatif dan sebagainya.

Sedarkah anda bahawa golongan anak muda sangat suka bercuti kerana hanya dengan bercuti mereka dapat menghilangkan tekanan kerja dan menenangkan minda. Tidak perlu pergi jauh untuk bercuti, kerana di dalam negara juga banyak tempat-tempat menarik yang boleh diterokai.

Sumber: KTMB

Malah jika anda ingin melancong, pastinya menggunakan pengangkutan awam lebih menyenangkan. Sebagai contoh, jika anda ingin ke Perlis dari Kuala Lumpur, menaiki ETS lebih menjimatkan masa dan lebih selesa berbanding anda menaiki kereta yang mengambil masa 8 jam untuk sampai.

Setiap orang mempunyai pendapat mereka masing-masing, ada yang memilih untuk melancong dan ada yang memilih untuk membeli kereta. Ianya terserah pada kemampuan diri anda dan apa keperluan anda. Pilihan berada di tangan pengguna. Bagaimana pula dengan anda?