Pengembaraan di bumi  Koahsiung, Taiwan kali ini dengan hanya berbekalkan duit poket 1000 TWD (RM130). Alhamdulillah diberi keizinan untuk survive di Taiwan selama lebih kurang 3 hari 2 malam.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Di sini saya nak bongkarkan total perbelanjaan saya secara keseluruhannya.

1. Flight Ticket (Return)
RM 225. KL-Kaohsiung-KL. Bila saya book? 3 minggu sebelum travel.

2. Penginapan (FREE)
Tidur di rumah orang tempatan Taiwan. Macam mana nak cari? Boleh download apps Couchsurfing di handphone masing-masing.

3. Pengangkutan (Skuter)
Boleh sewa skuter dengan kos 250-250 TWD sehari bersamaan RM20 – RM25.

4. Makanan / Minuman
Kaohsiung Taiwan adalah susah untuk dapatkan halal makanan. Jadi boleh la bawa maggie cup / bubur / roti. Mana nak dapat air panas? Jangan risau, kat Taiwan ada free refill water (hot/cold).

5. Simcard
Boleh didapati di KLIA2 Airport. Tak silap saya di Level 2 berhampiran dengan toilet.

tip-travel-ke-taiwan-15

6. Lesen Memandu
Saya tak ada international driving license. Hanya menggunakan Malaysian driving license. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan saya tak ada polis yang tahan.

Cuma kena berhati-hati ketika memandu skuter. Sebabnya, jalannya di kanan, dan kalau hendak membelok simpang tak boleh sesuka hati belok. Kena masuk dalam kotak cross line dulu. Then baru boleh membelok.

7. Tukaran Matawang
Untuk penukaran matawang, adalah lebih baik tukar di Taiwan sebab di Malaysia sangatlah mahal. Currency terbaru sekarang:
Di Malaysia – 1000 TWD : RM128.90
Di Taiwan – 1000 TWD : RM90

8. Waktu Solat
Boleh download apps solat di handphone masing-masing. Waktu Taiwan adalah lebih kurang sama waktu kita.

Baca: 10 Tip Berjimat Ketika Travel Di Lombok, Indonesia

tip-travel-ke-taiwan-1

Architecture Art, Kaohsiung Taiwan. Tempat ini terletak di tengah-tengah bandar Kaohsiung, Taiwan. Kesemua seni ini diletakkan di satu tempat (padang) yang menempatkan beberapa seni bina yg unik. Tiada bayaran masuk. Percuma. — in Kaohsiung, Taiwan.

tip-travel-ke-taiwan-2

Dome Light, Farmosa Boulevard Taiwan. Ini merupakan salah satu keunikan di Kaohsiung, Taiwan di mana Dome Light ini terletak di MRT Station (Farmosa Boulevard) — in Taiwan.

tip-travel-ke-taiwan-3

Cijin, Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-4

Love River, Kaohsiung

tip-travel-ke-taiwan-5

Kaohsiung Pagoda, Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-6

Kaohsiung, Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-7

Night Market, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-8

Port Ferry, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-9

Cijin Market, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-10

Cijin Beach, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-11

Architecture Park, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-12

Architecture Park, Kaohsiung Taiwan

tip-travel-ke-taiwan-13

Travel Like A Local‘ itulah prinsip yang saya gunakan untuk trip ke Taiwan pada kali ini. Saya memilih untuk tumpang di rumah orang beberapa malam. Apa manfaat yang saya dapat? Dapat melihat sendiri kehidupan harian masyarakat Taiwan.

Gambar ini menceritakan seorang ibu Taiwan yang berusia 50 tahun sedang bermain piano untuk saya di awal pagi tadi. Ini adalah aktiviti harian beliau ketika berada di rumah. Mereka bangun tidur sangatlah awal dan takkan sesekali tidur balik. Inilah salah satu cara untuk mengejutkan anak-anaknya dengan bermain piano. Menarik kan? Lain dari lain.

Ini adalah secara kasar perjalanan itinerary selama saya berada di Taiwan.

HARI 1

Destinasi 1 : Cijin Island
Korang keluar je pintu arrival gate tu. Belok kiri. Kat situ ada pintu keluar. Dan ada lift ke MRT City. Boleh beli tiket MRT ke Cijin Island dengan tambang sekitar 50 TWD one way ke Sizihwan MRT Station.

Untuk ke Sizihwan MRT Station ni korang perlu transit ke MRT Farmosa Boulevard. Dah sampai ke sini, korang boleh jalan-jalan ke Black Beach (aku yang namakan) haha dan round sekitar market di Cijin Island (jalan kaki). Kalau malas boleh sewa skuter RM30 per hari.

Destinasi 2: Art Park
Uniknya tempat ni sebab dijadikan satu padang bola dan diletakkan beberapa seni.

Destinasi 3: Night Market dan Farmosa Boulevard.
Utk ke sini, tak susah. Hanya perlu naik MRT dari Sizihwan ke Farmosa Boulevard. Tambangnya lebih kurang 40 TWD (RM4) one way.

HARI 2

Boleh sewa skuter untuk 1 hari. Harga sewa skuter adalah sekitar 200-250 TWD (RM20-25). Isi minyak penuh lebih kurang 100 TWD (RM10).

Boleh gunakan skuter untuk ke destinasi seterusnya sepert Love River, Pagoda, 85 Skytrex dan lain-lain.

HARI 3

Tak ada apa yang saya buat, sebab flight awal balik KL.

Jumlah Perbelanjaan
Flight Ticket (Return) KL- Kaohsiung-KL: RM225
Penginapan: Free (host house via couchsurfing)
Makannan dan minuman: Tak lebih dari RM30
Sewa skuter : RM25-RM30
Feri Cijin Island: RM10 (2 hala)
Entrance Fees: Tiada

Jumlah keseluruhan
RM225 (Flight) + RM130 (pocket) = RM 355 all included for 3D2N in Kaohsiung, Taiwan

Tiada yang mustahil untuk survive di negara Taiwan dengan duit poket hanya RM100 kalau korang ikut rentak dan flow saya seperti mana di atas. Selamat mengembara di bumi Taiwan.

Baca lagi: Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia

Artikel di atas disumbangkan oleh Fen Ninetyone. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group