Anda gemar travel? Kenapa? Setiap orang pasti mempunyai jawapan dan sebab tersendiri kenapa pergi travel. Apa pun alasan yang diberikan, semuanya betul belaka. Tiada siapa yang berhak nafi jawapan tersebut. Tapi, tahukah anda selain dijadikan terapi minda, travel juga sebenarnya baik untuk kecerdasan otak?

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2014 oleh pelajar MBA yang dipimpin William W Maddux, selaku profesor di INSEAD menemui terdapat hubungan yang berkait rapat antara multicultural engagement dengan integrative complexity.  Bahasa mudahnya, berdasarkan kajian yang dibuat, pelajar yang pernah terdedah dengan budaya luar atau yang pernah mengembara dan bertemu orang-orang baru lebih cenderung bersikap terbuka serta mudah menyesuaikan diri dengan perkara baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat dan tempat baru membuatkan mereka lebih perspektif serta mempunyai sudut pandangan yang luas. Prof Maddux turut melakukan ujian kreativiti dengan membahagikan dua kumpulan. Kumpulan yang pertama terdiri daripada pelajar yang mempunyai pengalaman mengembara manakala kumpulan pelajar yang kedua pula tidak mempunyai pengalaman mengembara. Hasilnya, kumpulan pelajar memiliki idea kreatif 50% berbanding kumpulan pelajar kedua.

Selain itu, ujian kreativiti ini turut menemukan bahawa peningkatan daya kreativiti terjadi kepada individu yang mempunyai pengalaman hidup di negara asing. Kesimpulannya, orang yang suka travel atau mempunyai pengalaman mengembara lebih cerdik berbanding mereka yang langsung tidak pernah. Satu lagi alasan yang boleh anda guna bila orang tanya, ‘kenapa kau travel?’

Sumber