Assalamualaikum dan hai. Sedar-sedar dah masuk bulan Ramadan dah. Di sini saya nak kongsi sedikit tentang backpack trip kami berempat orang ke 6 negara di Eropah baru-baru ini. Nak kongsi ni sebab ramai tanya apa yang kami buat kat sana dan macam mana nak ke Eropah dengan bajet yang lebih rendah.

Sebenarnya kami pun hanya mampu merancang saja. Semuanya atas izin Allah SWT, Alhamdulillah sampai juga ke Eropah. Syukur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. PERANCANGAN

Sebenarnya kami rancang ke Eropah kira kira 7 bulan juga sebelum tarikh berlepas tu. Kami berlepas pada 10 May 2017 (Hari Wesak). Mula dengan angan-angan je nak makan angin, sebab sebelum ni pernah juga backpack ke beberapa negara lain.

Jadi pada masa ni terpikir juga kenapa tak cuba ke Eropah terutama sekali lepas baca review di beberapa blog, macam best saja backpack ke Eropah. Hehe. Terima kasih kepada member masa di UM dulu, Asyraf and Shakira sebab bagitau Malaysia Airlines ada buat promosi tiket nak ke Heathrow, London.

Terkejut juga bila dapat beli tiket ke London dengan harga RM305 sehala. Alhamdulillah. Selepas kami berempat (termasuklah member sorang lagi, Azuan) dah beli tiket, barulah mula rancang hala tuju and konsep travel nak gaya macam mana.

Disebabkan kami semua baru setahun jagung kerja, why not travel travel gaya jimat saja. Jadi kami pun buat keputusan untuk travel ala backpacker dan nomad. Haha.

Tiket balik tu kami beli lambat sikit, iaitu bila dah putuskan nak tamatkan percutian di negara mana. So we decided that our final stop is in Milan, Italy.

2. ITINERARI & PEMILIHAN NEGARA

Kami pilih untuk melancong ke 6 negara, sesuai dengan bajet percutian yang sederhana. Di setiap negara yang nak dipilih kita kena study sikit apa tarikannya, supaya kita tau apa ‘goals’ kita kat sana, hehe.

Selepas ‘brainstorm’ secara berjemaah, negara-negara tu adalah UNITED KINGDOM, FRANCE, NETHERLANDS, GERMANY, SWITZERLAND, dan ITALY. Sebenarnya kami pilih untuk jalan-jalan di bandar utama saja di setiap negara. Dan mungkin sebab itu kos perjalanan kami agak berpatutan. Contohnya seperti di bawah:

UK (London)
FRANCE (Paris)
NETHERLANDS (Amsterdam & Rotterdam)
GERMANY (Munich)
SWITZERLAND (Interlaken)
ITALY (Milan)

Itinerari penuh perjalanan kami saya ada sediakan di bawah.

3. PENGANGKUTAN

Ini antara perkara yang penting untuk anda tentukan kalau nak travel gaya backpacker. Sebenarnya, kos pengangkutan antara kapal terbang, bas mahupun tren tak lah terlampau ketara sangat bezanya.

Tapi kalau nak enjoy pemandangan sepanjang perjalanan dari sesebuah negara ke sesebuah negara, eloklah ambil bas atau tren sebab boleh layan view dari tingkap . Terasalah macam musafir sikit. Hehe.

Kalau naik flight dah tentu boleh jimat tempoh perjalanan, tapi akan terlepas pemandangan cantik antaranya alam semulajadi, kincir angin, gunung salji, dan sebagainya.

Tapi tak ada masalah, bergantung pada pilihan masing-masing. Kami naik bas dan tren untuk bergerak dari satu negara ke negara lain.

Jadi, pengiraan untuk pengangkutan lebih kurang macam ni :

1. Pergi naik Malaysia Airlines : RM305
2. Balik naik Turkish Airlines : RM1700
3. Transport antara negara ke negara : RM950

4. PENGINAPAN

Untuk penginapan, kami memang TAK duduk hotel. Kami duduk selang seli asrama (dorm) dengan AirBnB yang macam homestay tu.

Contohnya, di London (UK) kami tinggal sehari di Astor Hostel di Victoria, dengan kos RM 119 per malam untuk seorang, termasuk sarapan (di London memang mahal sikit sebab  guna matawang Pound). Kalau nak sekali dengan sarapan pagi cuma perlu bayar 1 pound saja dan boleh makan makanan yang disediakan.

Di Munich (Jerman) pun kami duduk hostel juga, iaitu Jeagers Hostel yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar. Jadi boleh jimat kos untuk pengangkutan nak ke bandar.

Di Interlaken (Switzerland) kami tinggal di Riverlodge Hostel. Di sini paling mahal iaitu RM162 semalam.

Ada juga masa yang kami ambil pengangkutan malam (pilih bas / tren yang selesa dan berbaloi) dan sampai ke destinasi pada keesokan paginya. Kiranya macam orang nomad juga lah. Hehe.

Di situ dah boleh jimat kos penginapan. Rest rooms and showers are easily accessible at the stations guys. Boleh bersih bersihkan diri sebelum anda mulakan journey kat negara yang anda baru sampai tu.

Untuk di  Rotterdam (Netherlands) dan Milan(Italy), kami duduk AirBNB yang macam homestay. Kalau nak senang, anda pilih saja penginapan yang di bandar supaya tak perlu ambil pengangkutan awam untuk ke bandar.

Sebenarnya semasa di Netherlands hari tu kami tersilap sebab tinggal di Rotterdam, sepatutnya di Amsterdam sebab lokasi tarikan utama banyak di Amsterdam.

Jadi setiap kali nak ke Amsterdam tiket bas  pergi balik saja dah dekat 14 Euro. Bila tukar ke RM dah nak dekat RM70. Kalau duduk 2-3 hari dah berapa kosnya kan.

Jumlah perbelanjaan untuk penginapan semua sekali kira-kira RM970.

5. MAKAN MINUM

Untuk makan dan minum, sebenarnya tak perlu risau sangat sebab banyak kedai halal di seluruh Eropah. Sebenarnya ramai orang Islam yang berniaga di sini, contohnya Pak Arab dari Turki, Afghanistan dll.

Jadi banyaklah kedai kebab, nasi Arab dan sebagainya. Contohnya ada  kebab berharga 4-5 Euro, nasi 6-7 Euro. Paling murah roti segar 1 Euro pun boleh dapat. Kopi biasanya dalam 1.5 Euro pun ada.

Tapi di Switzerland susah sikit, sebab makanan halal susah nak jumpa. Barangan di sana juga semuanya mahal berbanding negara-negara Eropah lain. Mat salleh pun geleng kepala sebab mereka cakap di Swiss kos sara hidup memang sangat mahal. Haha.

Kalau anda nak jimat duit, boleh saja masak dengan kerap. Itu sebabnya kami suka duduk hostel atau AirBnB sebab boleh masak. Bahan mentah pun murah je, boleh lah berpakat masak beramai-ramai dan berjimat.

Untuk backup, kami ada bawa makanan seperti Brahims’ nasi lemak, nasi briyani, dan nasi goreng. Anda boleh beli terus di pejabat Brahims di Bangi.

Sebagai contoh, nasi goreng Brahims dalam RM7. Nasi lemak pula dalam RM10. Kandungan dia boleh tahan. Tak banyak sangat dan tak juga sikit sangat. For me just nice.

Kalau was-was  nak beli makanan takut tak halal, anda boleh beli vegetarian food atau beli seafood saja. Contohnya makan Subway TUNA. Sihat pun sihat.

6. TUKARAN MATAWANG / PERBELANJAAN / CENDERAMATA

Masa nak ke Eropah saya ada tukar duit dalam 100 Pound untuk persediaan jika perlu guna wang tunai semasa di London. Tapi guna dalam 55 Pound saja, iaitu sekitar RM300.

Matawang Euro pula digunakan di 19 negara di Eropah. Duit Euro saya bawa dalam 360 Euro saja bersamaan RM1700. Memang saya bajet untuk berbelanja lebih kurang dalam RM2000 untuk makan, minum, naik turun pengangkutan awam dan souvenirs.

Duit untuk bayar kepada tempat simpan beg saya tak masukkan sekali sebab itu bergantung kepada individu. Ada orang nak simpan beg di pusat simpanan beg semasa travel, ada orang nak bawa sekali semasa berjalan.

Alhamdulillah macam cukup-cukup saja perbelanjaan haritu dalam RM2000. Kalau nak berbelanja untuk diri sendiri, bagi yang ada kad kredit tu boleh standby bawa sekali tapi sebaiknya simpan saja kad tu. Hanya standby untuk kecemasan saja.

Cenderamata kalau nak dapat yang murah di sini kena banyakkan sikit berjalan. Kena rajin buat perbandingan harga. Biasanya kedai paling depan sekali itu lah yang mahal. Anda kena explore lagi kedai-kedai di belakang sebab biasanya harga lagi murah.

Biasanya cenderamata di Eropah harganya dalam 3-4 Euro per fridge magnet or keychain. Tapi dalam banyak-banyak negara, rasanya Paris paling murah. Switzeland pula paling mahal.

Baca: 10 Cara Berjimat Sehingga 50% Kos Pengangkutan Sewaktu Travel Di Eropah

7. PERINGATAN SEBELUM BERTOLAK KE EROPAH

1. Untuk yang bekerja dengan kerajaan, sila buat permohonan nak ke luar negara dalam 3 bulan sebelum tarikh bertolak. Paling lewat mesti hantar permohonan 6 minggu sebelum tarikh. Sebab ada banyak proses nak dilaksanakan. Jadi jangan buat last minute.

2. Pastikan anda ada ambil insurans. Biasanya kerajaan akan taja insurans jika itu adalah trip pertama anda untuk tahun itu. Trip kedua pada tahun yang sama bayar sendiri lah ye.

Banyak syarikat insurans yang anda boleh pilih, contohnya AIA, Etiqa, Allianz, AIG, Zurich dan banyak lagi. Bandingkan harga dan manfaatnya sebelum beli.

3. Pastikan kalian yang dah kerja tak ada hutang atau tidak di senarai hitam dengan mana-mana institusi. Kalau tak, hanguslah semua booking yang anda dah bayar tu.

Haritu ada kakak di kaunter sebelah kena tahan tak boleh fly sebab dia kena senarai hitam sebab tak bayar hutang. Menangis tak berlagu lah jawabnya. Kesian.

4. Pastikan dah minta izin mak ayah, keluarga atau pasangan dll supaya berkat perjalanan.

8. TIPS TAMBAHAN

1. Boleh muat turun applikasi ke telefon pintar anda yang banyak membantu untuk rancang perjalanan dan booking, contohnya Skyscanner, GoEuro, AirBnB, Couchsurfing, Currency, RailPlanner, dan banyak lagi.

2. Bagi Muslim, apps MuslimPro sangat membantu untuk menentukan arah kiblat, semak waktu solat dan sebagainya.
3. Tandas di negara mat salleh ni memang tak ada paip nak membasuh bila buang air, jadi boleh consider bawa botol air atau tisu basah. Sangat membantu.

4. Banyak juga warga asing atau imigran yang suka buat kacau atau scam di sana, cara terbaik ialah j angan layan mereka dan teruskan berjalan kalau dipanggil.

Sebab biasanya mereka nak paksa bagi duit atau bahasa mudahnya, nak mencuri barangan berharga kita. Alhamdulillah sepanjang trip haritu walaupun ada kena kacau dengan orang awam / scammers, tapi barangan berharga kami semua selamat.

5. Kalau bawa duit tu, simpan di beberapa tempat berasingan. Jika kena rompak tu, tak adalah semua duit kena kebas. Nauzubillah min zalik

6. Do networking. Pergi negara orang, cuba kenali penduduk tempatan. Bergaul dan cuba makanan mereka. Sangat best.

7. Buat kajian sikit cuaca dan musim apa di waktu anda ke sana, sebab nak rancang jenis pakaian yang sesuai dibawa. Contohnya di musim sejuk, bawa lebih sikit baju tebal. Masa kami pergi hari tu tengah musim bunga, jadi bawa jaket dan t-shirt pun dah ok.

8. Dont forget to study their map and simple language. Sebab ada negara mat salleh yang tak suka bila pelancong berbahasa Inggeris.

Contohnya di Italy, Jerman, Perancis. Jadi kalau boleh tegur mereka dengan bahasa tempatan. Paling kurang senang untuk kita ambil hati mereka bila nak tanya soalan, minta tunjukkan arah nak ke sesuatu tempat dan sebagainya.

9. Oh ya, jangan lupa aktifkan International ATM anda. Sebab jika wang tunai anda bawa tak cukup, boleh keluarkan duit dari ATM yang berhampiran. Contohnya, kalau Maybank, ATM yang boleh pakai ialah yang ada tulis perkataan PLUS.

9. RINGKASAN PERBELANJAAN 12 HARI TRIP DI EROPAH, 6 NEGARA

1. Penerbangan pergi balik : RM2000 +-
2. Pengangkutan antara negara (bas/tren) : RM950+-
3. Penginapan : RM RM970 +-
4. Perbelanjaan/ tambang pengangkutan awam, makan, souvenir, tiket masuk ke lokasi menarik : RM 2000+-
Total : RM6000+-

10. ITINERARI RINGKAS

10 Mei 2017 (RABU)
9:50am : ETD di KLIA via Malaysia Airlines
16:35pm : Tiba di Heathrow Airport, LONDON
Terus ke hostel, naik train
Tinggal di Astor Hostel (dorm)

Perbelanjaan
Tiket penerbangan – RM 305
Beli Oyster Card (train pass) – £20.00 (RM 110)
Hostel per orang – RM 119

11 Mei 2017 (Khamis)
6:00 AM : Jalan-jalan LONDON (Primark, Oxford Street, Big Ben, Tower Bridge, Westminster, Bayswater, Buckingham Palace, Emirates Stadium, Green Park, Hyde Park). Beg simpan di Victoria Station.

22:00pm Victoria Station, London – bertolak ke Paris via Eurolines Bus

Perbelanjaan
At Victoria Station – £24.00 (RM 115)

12 Mei 2017 (Jumaat)
08:45am : Reached Gallieni, PARIS ( Jalan-jalan Arc De Tromphe, Eiffel Tower, Louvre Museum), Buy train pass

23:00pm : Paris Gallieni Porte Bagnolet – Depart to Amsterdam via Eurolines Bus

Perbelanjaan
Train pass
€ 12.00 (RM 58)
€ 24.00 (RM 115)

13 Mei 2017 (Sabtu)
08:00am : Tiba di Duivendrecht , Amsterdam. Beli train pass, terus ke  Rotterdam via Flixbus

Kami tinggal di rumah yang disewa dari AirBnB. Rehat secukupnya dan petang berjalan di kawasan sekitar.

Perbelanjaan
Train pass – € 12.00 (RM 58)
Train pass – € 7.00 (RM 34)
AirBnB untuk 2 malam – RM 266

14 Mei 2017 (Ahad)
8:00 AM – Bertolak ke Amsterdam naik Flixbus. Jalan-jalan Zaandijk tengok windmills, naik bot bawa bersiar di sepanjang sungai, shopping souvenir di Amsterdam Central, Dam Square dll.

Perbelanjaan
Flixbus – € 7.00 (RM 34)
Train pass – € 7.60 (RM 36). Tiket train pergi balik Amsterdam – Zaandijk, Zaandijk- Amsterdam
Flixbus – € 7.00 (RM 34). Balik ke penginapan di Rotterdam

15 Mei 2017 (Isnin)
12:00pm : Singgah makan tengahari di rumah kawan di Rotterdam (orang Malaysia)
18:00pm : Ambil train terus Rotterdam – Amsterdam Central untuk kejar train kami ke Jerman.
21:25pm : Amsterdam Centrale – Bertolak ke Munich via DB BAHN TRAIN

Perbelanjaan
Train pass – € 16.20 (RM 78)
Go to AMS CENTRALE at 20:00pm – € 39.00 (RM 187)

16 Mei 2017 (Selasa)
10:27am : Tiba di Munchen Hauptbahnhof
Terus ke Jeagers Hostel (dorm). Check in. Makan tengahari.
Jalan-jalan Munich (Karlsplatz, Palace of Justice, Old Botanical Gardens, Citizens’ Hall, Marienplatz, Ludwig Beck, shopping, dll)

Perbelanjaan
Hostel per kepala – RM 119

17 Mei 2017 (Rabu)
11.03 am:  Munich – Bertolak ke Interlaken Ost (Switzerland) via DB Bahn train
18:57 pm : Reached Interlaken Ost, check in Riverlodge hostel, rehat dan tidur.

Perbelanjaan
Dari Munchen ZOB (Hackerbrucke) – € 39.00 (RM 187)
Hostel 2 hari – RM 324

18 Mei 2017 (Khamis)
07.00 am : Jalan-jalan Interlaken (bersiar di sekitar bandar – Hoheweg kedai jam, souvenirs, naik train ke lembah pergunungan Grindelwald, beli barang nak masak dll)

Perbelanjaan
Train ke Grindelwald – € 17.00 (MYR 84)

19 Mei 2017 (Jumaat)
14:04 pm : Interlaken – Bertolak ke Milan via Trainline
19.45 pm : Tiba Milano Centrale, check in AirBnB, rehat dan tidur.

Perbelanjaan
Train – € 67.60 (RM 324)
AirBnB 1 malam – RM 142

20Mei 2017 (Sabtu)
09:00 am : Beli train pass. Jalan-jalan Milan Cathedral, Galleria Vittorio Emanuele II, Teatro alla Scala Milan Central Station- Malpensa Airport
19.55 pm : Bertolak ke KLIA : Milan-Instanbul-KLIA via Turkish Airlines

Perbelanjaan
Train pass : € 4.50 (RM 22)
Train pass : € 13.00 (RM 62)
Tiket penerbangan : RM 1,697

21 Mei 2017 (Ahad)
16:55pm : Tiba di KLIA

Rasanya itu saja setakat ni. Kalau ada apa-apa nak tanya, nak betulkan atau nak tambah tips sangat dialu alukan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang bercita-cita nak travel ke Eropah gaya backpacker/ jimat.

Sebenarnya banyak lagi itinerari perkongsian orang lain yang lagi mantap yang anda boleh cari di  Google. This one is just based on my personal experience.

Akhir kata, go travel around the world, inshaAllah it widens our mind.

Baca lagi: 17 Lokasi Menarik Di Eropah Tengah Tapi Kurang Diketahui Oleh Ramai Traveller