Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ini adalah 6 tempat pengambaran filem Dilwale di Bulgaria yang anda tidak sepatutnya terlepas pandang jika berkunjung ke sana.

Jika anda menonton filem Dilwale pasti anda membayangkan keindahan Iceland. Tetapi anda harus ingat, filem Dilwale jugak di lakonkan di Sofia, Bulgaria. Sofia merupakan ibu negara Bulgaria yang dijumpai sejak 7000 tahun lalu dan bandar kedua tertua di Eropah.

Jika anda ke sana jangan lupa memborong Bulgarian rose ye. Antara 6 tempat pengembaraan filem Dilwale di Bulgaria adalah:

1. Vitosha Bulevard

Vitosha Bulevard adalah jalan utama di Sofia yang terdapat deretan cafe-cafe dan outlet-outlet seperti pakaian, kasut yang pasti mengamit hati. Di sini adalah tempat di mana SRK dan Kajol berdating.

2. Ivan Vazov National Theatre

Antara bagunan yang tercantik di Sofia. Ianya terletak di hadapan kawasan taman yang mempunyai wifi percuma dan anda boleh berjalan- jalan dikawasan sekitar.

3. City Garden

Jika anda menonton video klip Janam Janam ianya pada saat ke 0.01 (City Garden). Jika anda berkunjung pada musim panas, anda dapat menyaksikan pemandangan seperti dalam video tersebut. Disebabkan saya ke sana pada musim sejuk, jadi tiada air pancut seperti di dalam filem.

4. The Lion Bridge

Jika anda menonton video klip Janam Janam ianya pada saat ke 0.54. Jambatan ini adalah salah satu simbol bandar Sofia dan mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai 4 ekor singa perak yang merupakan simbol untuk bandar utara Sofia.

5. Tram kuning

Tram adalah pengangkutan yang digunakan Kajol. Tram merupakan antara pengangkutan utama di Sofia. Jika anda menonton video klip Janam Janam ianya pada saat ke 0.56. Pastikan anda mengetik tiket semasa masuk ke dalam tram ye.

6. Alexander Nevsky Cathedral

Cathedral ini adalah yang terbesar di kawasan Eastern Ortodox. Di belakang kawasan Cathedral ini terdapat lorong di mana hasil karya seni akan dipamerkan. Di sini adalah tempat di mana Kajol mempamer hasil lukisan dan berjumpa dengan SRK.

Jika anda melawat Balkan, jangan buat-buat lupa untuk melawat Sofia. Sofia itu indah dan cantik. Berikut beberapa lagi gambar lokasi lain yang turut boleh anda kunjungi.

Baca lagi: 15 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Sebelum Mengembara Ke Negara Balkan

Artikel di atas disumbangkan oleh Khairul Naeim Z. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka