Berjaya menjadi ibu negeri Sarawak tidak menghalang Kuching untuk menawarkan destinasi percutian buat para pengunjung. Bandarnya yang kaya dengan etnik, budaya serta pemandangan yang mendamaikan antara yang membuatkan orang ramai khususnya pelancong luar berminat untuk bercuti ke Kuching.

Buat anda yang belum pernah ke Kuching kami yakin anda pasti tertanya-tanya tarikan apakah yang membuatkan Kuching di mata pelancong. Dalam usaha untuk memudahkan anda travel ke Bandar Kuching, kami sertakan 5 sebab yang menjadi tarikan di bandar ini.

1. Bersantai di Kuching Waterfront

Travel Kuching Airasia

Kuching Waterfront

Kata orang, tidak sah sekiranya anda ke Kuching namun tidak singgah ke Kuching Waterfront yang menjadi tempat ikonik bagi penduduk di Kuching. Bertempat di tepi Sungai Sarawak, Kuching Waterfront berjaya menjadi pusat rekreasi menarik buat para pengunjung.

Para pengunjung turut berpeluang melihat sebahagian dari Bandar Kuching serta Sungai Sarawak dengan hanya menaiki bot tambang yang ditawarkan sekitar Kuching Waterfront. Buat anda selaku foodhunter, mendapatkan pilihan aneka makanan sekitar Kuching Waterfront sememangnya sangat mudah dan pelbagai.

2. Berkunjung ke rumah panjang

kampung-annah-rais-01

Bersesuaian dengan status negeri dan bandarnya yang kaya dengan etnik dan budaya, sudah menjadi kewajipan buat para pengunjung untuk berkunjung serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai masyarakat di Sarawak.

Menariknya, di Sarawak anda bukan sahaja dapat memahami sesuatu budaya setempat malah hampir setiap suku kaum turut mempunyai trademark tersendiri dalam mendirikan rumah. Salah satu rumah panjang yang anda boleh kunjungi serta menjadi tarikan pelancong sudah pastinya Kampung Annah Rais yang menjadi penempatan suku kaum Bidayuh.

Selain itu, terdapat juga beberapa kampung tradisional lain yang dibuka buat para pengunjung yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai suku kaum di Sarawak. Kami yakin ianya bakal menawarkan sebuah pengalaman yang baru buat para pengunjung baru.

3. Kuching Cat Museum

IMG20160526115450

Sumber: catcity101

Sebuah lagi tempat yang menjadi tarikan para pengunjung yang singgah di Kuching sudah pastinya Kuching Cat Museum. Museum yang beroperasi sejak 1993 ini berjaya mengumpul sejarah Kuching dan juga kucing yang menjadi haiwan ikonik bagi bandar ini. Sekiranya anda merupakan seorang pencinta kucing, memasuki museum ini wajib dimasukkan ke dalam wishlist anda.

4. Nikmati keenakan hidangan Sarawak

16326090_1208207942633308_1135786840_o (1)

Sekiranya anda bersama rakan merupakan foodhunter, kami yakin aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling anda enjoy. Penawaran makanan bermula daripada makanan tradisional sehingga makanan hipster semuanya ditawarkan di Bandar Kuching ini.

Antara makanan yang cuma boleh didapatkan di negeri ini sudah pastinya Mee Kolok Sarawak. Untuk pengetahuan anda mee kolok ini merupakan mee kering yang dihidangkan bersama kuah sup dan kicap. Rasanya yang enak pekat antara yang membuatkan Anak Sarawak yang berada di perantauan sering merinduinya.

Sumber: the boy who ate the world

Jika di Pulau Pinang terdapat Laksa Penang, tidak kurang hebatnya dengan Sarawak dimana negeri ini turut mempunyai laksa tersendiri iaitu Laksa Sarawak. Berbanding laksa lain, laksa Sarawak menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah, pedas dan berlemak. Menambahkan lagi kesedapannya apabila disulami dengan sambal belacan dan masam-masam limau kasturinya. Enak bukan?

Oh ya, buat anda yang mencari makanan ikonik bagi Sarawak, Kek Lapis Basah Sarawak adalah jawapannya. Keknya yang lembut serta ditawarkan dengan pelbagai pilihan perisa antara yang membuatkan kek ini special di mata orang ramai. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang menarik dengan Kek Lapis Basah Sarawak, mungkin anda perlu merasainya sendiri.

5. Rainforest Music Festival

andy_kho_5326-rainforest-world-music-festival-rwmf2012-day-3-finale

Berakhirnya Hari Gawai maknanya telah tibanya orang ramai dapat berhibur dengan festival gilang-gemilang dan ikonik bagi Sarawak iaitu Rainforest World Music Festival (RWMF). Acara yang berlangsung Kuching ini sekaligus berjaya membawa peminat dan luar negara untuk singgah ke ibu negeri Sarawak ini.

Sekiranya anda menetap di Sarawak kami yakin anda cukup tahu mengenai festival yang dianjurkan setiap tahun ini. Untuk pengetahuan anda, Sarawak Rainforest World Music Festival merupakan festival popular menggabungkan pencinta muzik tradisional dan kontemporari dalam dan luar negara dibawah satu bumbung.

Lebih unik, festival ini bakal diadakan di Sarawak Cultural Village selama tiga hari berturut-turut bermula 13 sehingga 15 Julai 2018. Para pengunjung bukan sahaja berpeluang mendengar alunan muzik yang pelbagai malah bengkel melibatkan seni, kraftangan dan juga variasi makanan antara yang ditawarkan. Cool bukan?

Elisouma-PubPhoto2

Elisouma dari Comoros Islands antara yang bakal membuat persembahan di RWMF

OYME-PubPhoto1

OYME dari Russia

Antara pemuzik yang bakal membuat persembahan bersempena dengan Rainforest World Music Festival adalah Danai Kuwai dari Sarawak, Grace Nono dari Filipina, Oyme dari Russia dan ramai lagi dari serata dunia. Difahamkan festival muzik ini juga berjaya menarik lebih 20 ribu pengunjung setiap tahun. Anda boleh lihat senarai penuh pemuzik yang bakal membuat persembahan di sini.

Berhibur ke Rainforest World Music Festival bakal menjadi lebih manis sekiranya anda membuat tempahan bersama AirAsia. Hal ini kerana AirAsia berjaya menjadi rakan penaja syarikat penerbangan bagi RWMF sekaligus membolehkan anda mendapatkan tiket dengan harga yang lebih rendah ke Kuching.

Sequence

maxresdefault

Buat anda yang ingin melawat ke Kuching, inilah masanya. Bayangkan dengan harga serendah RM57, anda berpeluang mendapatkan tiket penerbangan ke Kuching melalui lima destinasi ini melibatkan Miri, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur. Berbaloi bukan?

Tempah sekarang hingga 24 Jun 2018 untuk penerbangan di AirAsia dan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Januari 2019 manakala tiket bagi Rainforest World Music Festival boleh didapati di AirAsiaRedTix. Untuk tidak melepaskan promosi terbaru daripada AirAsia, adalah lebih baik untuk memuat turun aplikasi AirAsia yang tersedia buat iOS dan Android.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group