Nota Editor: Pengalaman travel ‘overland’ dari Kong Kong hingga ke Pulau Pinang ini telah dikongsikan oleh Mohammad Hasfirul Husin. Baru berusia 19 tahun, pengembaraan selama sebulan ini telah beliau lakukan bersama sahabatnya Syamsul Helmi, berusia 20 tahun.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Kedua-dua pemuda ini merupakan pelajar di UniKL Mimet, Lumut, Perak. Ikuti kisah pengembaraan 2 anak muda ini serta pengalaman yang telah mereka lalui.

travel-hong-kong-37

Assalamualaikum, mulanya saya berjinak-jinak backpacking pada tahun lepas ketika umur saya 18. Dan saya ke Krabi secara solo ramai cakap gila dan ramai juga yang respect.

Berbajetkan RM600 saya ke Krabi untuk seminggu. Tapi bukan saya nak cerita pasal Krabi dah.

Masa umur 19 saya tahun ni, saya cuba rasa pulak travel overland dari Hong Kong – Macau – Zhuhai – Guangzhou – Nanning – Hanoi – Mui Ne – Ho Chi Minh – Siem Reap – Bangkok – Krabi – Hatyai – Jitra – Penang – Balik Rumah; berbajetkan RM2,800 termasuk flight dan visa ke China.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada apa berlaku cuma sikit lagi nak kena tipu dengan owner hostel kat Hanoi sebab package dia macam pelik je, dengan tuk tuk driver kat Siem Reap nasib baik lah saya berkeras jugak bayar seperti saya janjikan je walaupun dia cakap itu ini.

travel-hing-kong-1

Partner in crime saya.

travel-hong-kong-2

Kami berhenti solat di Masjid ini ketika di Nathan Road Hong Kong. Ketika menunggu waktu asar, seorang lelaki Filipina datang menyapa saya untuk bertanyakan soalan agama;

“Adakah sah saya solat ketika belum waktunya?”

Terkejut saya pastu baru saya tau dia baru masuk Islam rupanya. Dia bersama kita orang seharian sampai lepas isyak. Dia belanja jugak kita orang makan walaupun kita orang tolak dia berkeras gak sebab harga mahal beno.

Nasi kat Hong Kong RM50 sepinggan. Tolong sikit je, tapi dia balas balik smpai mcm tu. Saya mampu ucap alhamdulillah.

travel-hong-kong-3

Dalam hati kalau ada gopro ni mesti cayak

travel-hong-kong-4

Ngong Ping memang naisssss

travel-hong-kong-5

Big Buddha, Ngong Ping.

travel-hong-kong-33

Wisdom Path, Ngong Ping

 

travel-hong-kong-6

Sempat gak hiking Lantau Peak, tapi kabus gila rasa sejuk je dah smpai puncak ada gak lah sikit rasa menyesal tu sebab view tak clear sangat dari puncak

travel-hong-kong-7

Bubur instant known bawak dari malaysia, antara cara paling save duit ketika travel. Belajar dari mak saya. Sebab before gerak dia belikan kurma dgn bubur ni, pastu dia masak serunding. So cost makan kita orang dapat dikurangkan.

travel-hong-kong-8

View senja di Kowloon

travel-hong-kong-9

Masuk Macau, penuh casino lawa-lawa

travel-hong-kong-10

Santo Antonio

travel-hong-kong-11

Keadaan di border Macau-Zhuhai, mainland Chinese memang lain macam sikit tapi okay lah banyak pengalaman dengan orang tempatan sana even dia orang tak fasih English dia orang cuba juga nak borak-borak dengan kita.

Lagi satu dia orang masa beratur kat mana-mana mesti suka potong queue.

travel-hong-kong-12

Sampai pun Mainland China, tak banyak benda dapat buat kat China sebab banyak duit spent kat high speed train.

travel-hong-kong-13

Dah macam airport lak dia orang punya train station

travel-hong-kong-14

Sampai kat Hanoi baru rasa kaya sikit sebab dah main juta. Jumpa kawan baru dari Russia, kenal kat border China-Vietnam. Pastu borak-borak dia terus kata nak join kita orang ke Malaysia.

travel-hong-kong-15

Tiba di Malaysia dia ke Langkawi, KL, pastu ke Johor terus sebab dia nak ke Medan Indonesia pulak

travel-hong-kong-16

Seminggu jugak kat Hanoi, lepak makan roti nan cheese dia kat dan smpai sekarang takleh move on lagi

travel-hong-kong-17

Makanan kita orang dalam train dari Hanoi ke Mui Ne selama 38 jam atas train.

travel-hong-kong-18

Hard sleeper with aircond tu dah kira mewah dah rasanya sebab kalau ke coach seat depan-depan, ya Allah kesian juga tengok keadaan penumpang.

travel-hong-kong-19

Mui Ne

travel-hong-kong-20

Pasal white sand dunes, sembang dengan lokal sana. Dia orang kata sekarang view tak lawa macam dulu sebab ATV punya tayar. Tapi okay lah dapat lah fefeel kat Sahara gak, dia punya panas pun not bad.

travel-hong-kong-21

White sand dunes

travel-hong-kong-22

Betullah kata orang, overland travel is tiring. Dalam sleeper bus ke Siem Reap dari Ho Chi Minh masing-masing nganga je

travel-hong-kong-23

Border Vietnam-Cambodia

travel-hong-kong-24

Dapat gak lah tengok depan mata apa yang saya belajar sejarah tingkatan dua dulu.

travel-hong-kong-25

travel-hong-kong-36

Tak perlu ambik agent nak ceritakan sejarah Angkor Wat, saya just dok rapat-rapat dalam group yang ada tukang cerita sejarah Angkor Wat pastu dengar dan follow je dia orang sampai habis pusing semua temple. Hahahaha

travel-hong-kong-26

Huhuhuhu

travel-hong-kong-27

Bangkok yaw dok semalam makan-makan pastu terus shoot Krabi

travel-hong-kong-28

Kali kedua ke Krabi tapi sakit sket kali ni sebab duit Malaysia jatuh, dulu makan tak ingat dunia tapi pergi kali ni kena jaga-jaga makan. Pancake dia orang still da best

travel-hong-kong-29

Jitra, Kedah. Malaysia takde kurangnya dengan negara lain. Cuma beza dia kat mentality kita as a traveller. Mungkin kat negara X tu ada benda yang Malaysia takde, tapi negara X tu takkan ada macam apa yang Malaysia ada. Saya syukur gak lah jadi masyarakat Malaysia.

travel-hong-kong-30

Antara benda takleh lupa, orang luar kutuk Malaysia. Setiap kali jumpa dan tegur traveller lain or local mesti ada je benda baik dan buruk dari dia orang. Malu tu ada lah sket kadang-kadang tapi tolak tepi jadi open minded.

Jadi open minded ni tak kisah sangat sebab ada benda baik dan nasihat dari dia orang sebenarnya yang terselit kat kutukan tu.

Dengan tight budget, saya cuma mampu keluar dan lihat bagaimana dunia luar, makan apa yang ada, tak mewah, tidur airport, bus station dengan train station, hostel dan hotel jika perlu je.

Lagipun tujuan utama saya pun nak gain experience ketika muda ni rasa susah sikit-sikit takpe. Berangkat dari KLIA2 bersama partner in crime saya. Kami 2 orang je gerak hadap semua benda selama sebulan.

Pesanan daripada mak dan ayah

Selalunya kalau saya kata saya nak travel dan buat outdoor activities dia orang mesti berleter. Tapi sebabkan minat saya yang lain dari adik-beradik saya dia orang selalu lah suruh saya jaga diri baik-baik kat tempat orang, jaga keselamatan dan kesihatan diri.

Ayat paling best saya pernah dapat, balik Malaysia harap jadi orang berguna. Dengar macam lawak sebab dia orang punya ayat kadang-kadang deep gak.

Pesanan buat rakan-rakan sebaya

travel-hong-kong-31

Balik rumah terus hiking. Duit memang habis tapi dengan apa saya ada sikit pengalaman travel boleh buat saya cerita kat kawan-kawan sebaya saya yang tak pernah cuba travel.

InsyaAllah, akan sentiasa travel dan lihat bumi ciptaan Allah. Ada planning nak kayuh basikal asmpai Mekah, tapi belum berupaya lagi ilmu di dada, mungkin tahun depan, mungkin dua tiga tahun lagi, even ambik masa lama tapi saya tak putus asa dengan cita-cita saya.

Pesanan untuk kawan-kawan dan traveller lain, even kita travel satu negara tu tak kisah jauh ke dekat yang penting nawaitu kita masa travel. Apa yang membuatkan kita nak travel.

Bukak mata dengan apa kita lihat sepanjang travel , syukur dengan apa kita ada. Paling penting, travel bukan pasal duit tapi sebab kita nak keluar dari zon selesa dan cuba benda yang baru yang boleh beri kesan positif kepada diri dan pemikiran kita.

travel-hong-kong-35

travel-hong-kong-32

Anda boleh ikuti perkembangan dan kisah pengembaraan lengkap Hasfirul di Facebook Mohammad Hasfirul Husin.

Baca lagi: Cara-Cara Pergi Ke Sungai Bangan Di Terengganu Yang Jernih Dan Cantik

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group