Sebut tentang travel kami yakin ramai yang menyukainya lebih-lebih lagi bersama keluarga yang pastinya lebih meriah dengan telatah dan ragam ahli keluarga. Saya juga tidak berkecuali dalam usaha untuk menggembirakan ahli keluarga namun semuanya berubah apabila satu persatu masalah muncul semasa travel.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Semuanya disebabkan minat kami sekeluarga berbeza maka kami sering menghadapi masalah ketika travel. Berikut merupakan tiga masalah yang mungkin berlaku sekiranya travel sekeluarga.

1. Perlu menanti ahli keluarga anda

20030130-lowenstein-mw07-011-910

Perkara yang kerap terjadi apabila travel sekeluarga sudah pastinya perlu menantikan ahli keluarga anda berhibur dan enjoy di sesebuah tempat. Di dalam keluarga saya, isteri atau ibu antara yang paling bersemangat untuk berbelanja di butik atau pasaraya terkemuka apabila travel ke luar negara.

Lain ceritanya dengan anak-anak semakin meningkat dewasa yang lebih gemar menghabiskan masa di taman tema besertakan permainan-permainan yang penuh andrenalin. Sebagai seorang bapa, kadang kala saya terpaksa juga akur dan sama-sama terlibat untuk memastikan ahli keluarga saya tidak berpecah semasa berhibur.

Sekiranya anda travel dalam jangka masa yang singkat maka lupakan sahajalah destinasi yang ingin dituju dan diminati anda. Bayangkan betapa mudahnya sekiranya semuanya dapat berhubung dengan mudah tanpa perlu menanti keluarga anda.

2. Pemilihan restoran

woman-choosing-dishes-from-food-leafing-menu-sitting-in-restaurant_b4xolmqn_thumbnail-full09

Menjamah selera di negara orang seharusnya menjadi perkara yang fun. Namun lain ceritanya sekiranya ahli keluarga anda tidak tahu mempunyai idea atau klu makanan yang ingin dipesan.

Jawapannya yang sering diterima hanyalah ‘tak kisah’ atau ‘ikut sahajalah’. Namun lain ceritanya apabila makanan yang dipesan, seribu satu komplen bakal didengari. Jika keluarga anda seperti keluarga saya, kita geng!.

Untuk pengetahuan saya ini penggemar masakan daripada Timur Tengah manakala anak-anak pula lebih gemarkan masakan Jepun.

Segalanya menjadi lebih sukar dan mencabar apabila tidak mempunyai capaian internet sekaligus terpaksa memilih untuk menjamah selera di rangkaian kedai sedia ada. Terbayang juga dengan adanya akses internet, pastinya memesan hidangan di bilik hotel atau kawasan sekitar menjadi lebih mudah.

3. Gagal untuk berkumpul bersama

79670703

Apabila travel bersama keluarga, kami sering menetapkan masa serta tempat untuk berjumpa sebelum travel ke destinasi seterusnya. Keadaan menjadi lebih rumit apabila salah seorang keluarga anda tidak sampai pada waktunya atau mungkin sesat dan lebih memeritkan, perkara ini seringkali berlaku.

Bagi keluarga kami, situasi ini kerapkali berlaku lebih-lebih lagi di pusat membeli belah. Kami yakin keluarga anda turut mengalami situasi yang sama apabila berpihak untuk berpecah semasa travel.

Saya dapati masalah yang saya sebutkan ini berlaku disebabkan kami sekeluarga masing-masing tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan akses internet yang sekaligus menjadikan semuanya menjadi lebih rumit.

Untuk mengharapkan kepada Wi-Fi semata-mata sudah pastinya tidak releven memandangkan tidak banyak tempat yang menawarkannya.

Kami yakin ramai daripada anda pernah mengalami masalah yang sama termasuk kami. Sudahlah internet yang ditawarkan di negara tersebut mahal, kesukaran untuk mendapatkan pelan yang unlimited pula antara yang menjadi masalah.

173727113

Dalam usaha untuk berjimat pastinya kami memikirkan pelbagai cara termasuklah mendapatkan sebuah simkad dan berkongsi internet secara hotspot beramai-ramai.

Walaubagaimanapun, ianya sangat melecehkan lagi-lagi apabila kami terpaksa berpecah atau berjauhan dimana akses kepada internet tidak lagi dapat dicapai. Tidak dilupakan juga kekecewaan keluarga kerana sukar untuk mengakses media sosial untuk berkongsi kegembiraan semasa travel.

Namun masalah ini tidak lagi berlaku buat keluarga kami melalui pakej terbaru yang baru dicuba kami. Bayangkan dengan harga RM38 sehari, saya sekeluarga sudahpun berjaya mengakses internet secara unlimited sepuas-puasnya.

Selain itu, membuat panggilan kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia mahupun bersama keluarga saat kami berpecah ketika membeli belah bukan lagi masalah.

maxis_family_roaming_thumbs

Dengan adanya Maxis FamilyRoam, kami tidak lagi mempunyai masalah untuk berkongsi gambar bersama keluarga serta memuat naik gambar di Instagram dan Insta Stories tanpa risau memikirkan soal quota internet.

Tidak dilupakan juga pembahagian tugas dalam menempah hotel, restoran serta teksi sesama keluarga juga menjadi semakin mudah tanpa perlu bergantung kepada Wi-Fi kawasan setempat.

maxis_family_roaming_elephant_visual_bm

Apa yang membuatkan kami kagum dengan pakej ini serta jauh berbeza berbanding telco lain sudah pastinya penawaran satu pakej bagi seluruh keluarga. Dalam erti kata lain, anda cuma perlu berbelanja RM38 sehari untuk seluruh keluarga menikmati akses internet tanpa had tanpa perlu berbelanja lebih.

Harga dan akses yang ditawarkan juga sememangnya berbaloi berbanding pesaing dimana telco lain turut menawarkannya sehingga RM190. Jauh berbeza bukan? Berikut merupakan senarai negara yang ditawarkan melalui Maxis FamilyRoam.

Screen Shot 2018-06-08 at 4.34.01 PM

Kami yakin, anda tidak lagi mempunyai masalah untuk mengakses Google Maps untuk mencari tempat menarik sekitar negara yang dikunjungi. Tidak dilupakan juga isteri anda yang tersenyum memuatnaik gambar travel anda bersama di Instagram tanpa sebarang masalah. Berbaloi bukan?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group