Nota Editor: Perkongsian pengalaman travel ini adalah daripada Travelog Seorang Pengembara Jalanan, milik Mohd Fauzli. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia turut dapat dijadikan teladan terutama bagi yang baru saja berjinak untuk keluar mengembara.

Permandangan Indah menghadap Laut Jepun di Pulau Ulleung, Korea Selatan

 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara ringkas sepanjang perjalanan saya selama 4 tahun mengembara solo ke sekitar Asia, Eropah dan Afrika.

Saya cuba untuk keluar untuk mencari makna kehidupan dengan berjumpa dengan bangsa lain. Apa yang saya lalui sepanjang 4 tahun ini, saya melihat Islam dari sudut perspektif yang berbeza.

Sepanjang pengembaraan saya mencari orang Islam yang ada di sepanjang negara yang dilawati. Walaupun kita berbeza bangsa tapi akidah kita sama.

Ada masanya solat bersama, mungkin bagi kita bacaan imam Afrika itu tak sedap seperti yang selalu kita dengar tapi saya dapat rasakan keikhlasan dalam pembacaannya.

Saya turut berjumpa dengan pengembara Muslim lain yang berkelana mencari kehidupan sama ada pekerjaan atau pun sama seperti saya.

Saya keluar dari kepompong kehidupan saya yang cukup makan dan hidup selesa, tak kaya tapi selesa untuk hidup sebagai manusia seperti anda semua.

Saya masuk ke kampung-kampung orang miskin, saya melihat kehidupan yang daif tapi mereka gembira. Anak-anak berlari bermain seperti tiada masalah kehidupan.

Baca: Telah Mengembara Ke 70 Negara, Anak Yatim Ini Berkongsi Kisah Sukar Waktu Kecilnya

Anak-anak mencari rezeki dengan mencari di kawasan elit Simons Town, Filipina

 

Anak kecil di Aklan, Filipina

 

Habitat Jackass Penguin di Simons Town, Cape Town

 

Mencari jalan di Bern, Switzerland, sesat sebenarnya mula-mula tak reti naik Tram

 

Dari segi keselamatan, negara orang ada yang selamat, ada yang tidak. Kadang-kadang jenayah itu bukan dilakukan kerana suka tetapi kerana kesempitan hidup untuk mencari sesuap nasi. Kita tak lalui apa yang mereka lalui, jadi kita tidak memahami.

Saya juga cuba menjejaki anak-anak bangsa Melayu yang bukan lagi rakyat Malaysia, sama ada datuk moyang mereka dibuang negeri pada satu ketika dahulu atas nama pemberontak tetapi mereka mempertahankan tanah air.

Walaupun tiada muka Melayu asli tetapi mereka sangat gembira bila saya cakap saya Melayu dari Malaysia seperti berjumpa keluarga sendiri atas nama bangsa.

Saya juga bergaul dari golongan elit hingga ke golongan yang tidak berkemampuan. Kalau pergi negara miskin, tukar duit kita memang jadi kaya kat negara tu.

Saya sempat berkongsi pengalaman dengan mereka yang dari Eropah. Antara yang sering menjadi topik saya bertanya mereka tentang Islam dan pengganas.

Kebanyakkan mereka minda sudah terbuka. Kebanyakkan mereka sudah ke negara Islam, mereka menyatakan apa yang ada di media tidak mereka jumpa sepanjang mengembara, mereka turut mempersoalkan di mana yang wujud kisah di dalam media tentang Islam pengganas itu?

Cantik masjid Paris ni

 

Dengan makcik Korea ketika di Dokdo, pulau yang menjadi pertikaian antara Korea Selatan dan Jepun

 

Sewaktu di St. Clair Waterfall, Sri Lanka

 

Bersama Korean Muslim, Zubair yang aktif berdakwah di Korea

 

Rehat sebentar melihat pergunungan Alps, Switzerland

 

Bagi mereka yang mengenali Malaysia, bila saya cakap dari Malaysia 2 perkara sahaja yang mereka akan sebut Petronas? Mahathir?

Jasa Mahathir begitu besar di mata dunia, beliau tidak 100% sempurna tapi ada sesuatu yang dia lakukan untuk dunia. Jadi apa yang kita lakukan?

Bagi yang tak tahu Malaysia kat mana. Saya cakap sebelah Thailand, dia tak tahu, last sekali saya cakap sebelah China. Baru dia tahu. Tak ke jauh Malaysia ngan China tu.

Kebanyakkan pengembaraan besar saya di dalam bulan puasa. Jadi bila saya cakap saya tak makan. Mereka ada perasaan ingin tahu.

Mereka tahu Islam tetapi mereka tidak lah tahu secara details, seperti kita, kita juga tidak tahu secara details tentang agama lain.

Kepada mereka yang berkelana ke luar negara, jagalah imej negara kerana kita ibarat duta kecil yang membawa nama Malaysia dan Islam bagi mereka yang Muslim.

Kerana untuk melihat dan mengkaji sesuatu peradaban, perkara pertama orang melihat perilaku seseorang.

Ibarat pada asalnya untuk mengkaji apa itu Islam, adalah mengkaji Al-Quran dan Hadis tetapi secara umumnya yang pertama biasanya orang melihat perilaku pemegang akidah Islam itu. Begitu juga dengan bangsa dan negara.

Baca lagi: Gadis Ini Dedahkan Bagaimana Travel Mengubah Persepsi Beliau Tentang Afrika

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram