Gunung Kerinci (3805 mdpl) adalah gunung berapi tertinggi di Indonesia serta turut dikenali sebagai Atap Sumatera kerana ia juga merupakan gunung tertinggi di Sumatera.

Perjalanan saya agak panjang kerana bermula dari Medan. Saya travel seorang sahaja dan tidak membuat sebarang tempahan awal ke Gunung Kerinci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk ke Padang, ambil bas di PT ALS (Antar Lintas Sumatera) di Medan. Ada dua jenis bas iaitu Super Executive (Seat 2-1, Rp250,000 & 5.30 petang) & Executive (Seat 2-2, Rp190,000 & 2.00 petang). Perjalanan mengambil masa selama 24 jam.

Selepas 88 juta kali pejam celik gosok mata tengok tingkap, dihiburkan dengan lagu dangdut, bunyi orang muntah, bayi berteriak meraung & bau kepam aku belum mandi tak tun tuang tapi masih cantik juga, saya tiba di Padang pada jam 2.15 petang esoknya.

tip-daki-gunung-kerinchi-3

Disebabkan alignment pinggang dah lari, saya bermalam di The Abidin Hotel (Rp150,000) di Kota Padang terlebih dahulu & perjalanan ke Kersik Tuo diteruskan esok pagi sahaja.

Saya minta bantuan hotel untuk tempah pengangkutan ke Kersik Tuo (starting point mendaki) iaitu Angkot Travel (kenderaan Avanza, Innova atau Fortuner & akan ada penumpang lain menuju destinasi yang sama, Rp125,000) & bertolak jam 11 pagi.

Supir akan mengambil penumpang di hotel & perjalanan ke Kersik Tuo selama 7 jam akan melalui kawasan tanah tinggi & ladang teh seperti di Cameron Highlands. Supir Pak Zul (+620812 6884 0234) dari PT Safa Marwah Travel turunkan saya di Homestay Keluarga Timan (Rp80,000 semalam).

Pendakian ke puncak mengambil masa dua hari satu malam. Cuaca di Kerinci sentiasa hujan dan sejuk. Trek ke puncak senang cakap mencanak tiada diskaun potongan harga akhir tahun walaupun sempena Hari Krismas atau Tahun Baru.

Mencanak tahap nak menangis campak beg dan sujud Ya Auloh (gaya Indonesia) syukur sampai ke puncak walaupun duduk dekat puncak tak sampai lima minit sahaja dan dapat juga sampai puncak walaupun hampir patah balik dekat Tugu Yudha sebab cuaca sangat buruk (angin kuat dan kabus tebal).

Trek pendakian Kerinci meliputi Pos Pintu Rimba (1692 mdpl), Bangku Panjang (1782 mdpl), Shelter 1 (2512 mdpl), Shelter 2 (3072 mdpl), Shelter 3 (3320 mdpl), Tugu Yudha dan Puncak Indrapura (3805mdpl). Seeloknya usahakan untuk bermalam di Shelter 3 supaya tidak perlu bangun terlalu awal untuk ke puncak nanti.

Homestay turut sediakan khidmat menyewa barang-barang perkhemahan (khemah, sleeping bag, carry mat, peralatan memasak) dengan kadar di antara Rp60,000 hingga Rp100,000. Gaiter di sana hanya berharga Rp100,000.

Saya tidak mengambil guide sebaliknya hanya porter dari homestay (Rp250,000 sehari) kerana malas mahu bawa beg, cukuplah bawa badan sendiri yang berat. Saya juga belikan makanan untuk porter sebab dia yang akan masak sewaktu di gunung (beras, sardin & mee segera) kerana saya memang tidak pandai masak tapi hanya tahu makan dan bertanya makanan dah siap ke belum.

tip-daki-gunung-kerinchi-4

tip-daki-gunung-kerinchi-5

tip-daki-gunung-kerinchi-6

tip-daki-gunung-kerinchi-7

Ringkasan kos termasuk melawat ke Danau Gunung Tujuh (tidak termasuk perbelanjaan dari Medan kerana pendaki selalunya ambil kapal terbang terus ke Padang) & nombor/Facebook untuk dihubungi (sebut nama Indah yang sesat di Gunung Kerinci sambil jerit minta tolong LOL) adalah seperti berikut:

Kenderaan & Homestay:
(a) Padang ke Kersik Tuo : Rp125,000
(b) Penginapan di Kerinci (3 malam): Rp240,000
(c) Kersik Tuo ke Airport Padang : Rp175,000
(d) Jumlah : Rp540,000 (RM167)

Hari Pendakian:
(a) Harga porter bagi dua hari : Rp500,000
(b) Makanan & gas sewaktu camping : Rp83,000
(c) Kenderaan ke Pintu Rimba : Rp60,000 (return)
(d) Permit Gunung Kerinci : Rp150,000
(e) Jumlah : Rp793,000 (RM238)

Danau Gunung Tujuh:
(a) Kenderaan ke pintu masuk : Rp80,000 (return)
(b) Permit Danau Gunung Tujuh : Rp150,000
(c) Upah porter : Rp200,000
(d) Sampan : Rp30,000
(e) Jumlah : Rp460,000 (RM138)

Homestay Keluarga Timan & Porter:
(a) Ayah Vandro Fisher (+62 0852 6375 3663)
(b) Yuliana Timan Bakri (+62 0852 6484 7705)
(c) Sandii ARs (+62 0813 7790 5946)
(d) Henki Fernando (+62 0853 2113 0767)

tip-daki-gunung-kerinchi-8

tip-daki-gunung-kerinchi-9

tip-daki-gunung-kerinchi-10

Sehari selepas mendaki Gunung Kerinci, saya dan porter serta anak tuan rumah homestay mendaki ke Danau Gunung Tujuh yang mengambil masa dua jam sebab saya kena tipu (gurau) di mana katanya trek landai tapi mencanak macam nak mampus belum campur kaki lenguh dari mendaki Gunung Kerinci.

Antara tempat lain yang boleh dilawati adalah Danau Kaco tapi saya tidak ke sana disebabkan kekangan masa.

Akhir sekali, ini hanya sekadar perkongsian pengalaman terutamanya kepada pendaki yang sukakan perancangan sendiri (DIY), pendaki solo atau mungkin sebagai panduan jika ada yang ingin buat open trip.

Saya juga tidak masukkan harga tiket kerana itu variable cost bagi pendaki. Itinerari ini agak panjang & penat kerana perjalanan bermula dari Medan but it’s always about the journey, not the destination plus it’s a scenic route that you won’t regret.

Harap ini membantu mereka yang nak ke sana dan selamat menakluk Gunung Kerinci!

Baca lagi: Itinerari Kami Daki Gunung Rinjani Dari Sembalun Dan Turun Di Jalur Torean