Bila travel naik flight, berapa ramai sahaja antara anda yang ambil insurans perjalanan? Sesetengah daripada anda mesti selalu fikir, “Alah, pergi sekejap ini, Tidak payah ambillah. Sudahlah mahal! InsyaAllah tidak ada apa-apa berlaku.”

Bagi yang biasa ambil insuran perjalanan, tahniah kerana masih sayangkan diri anda. Kepada yang selalu langkau, ketahuilah bahawa ianya penting kalau ada kejadian seperti luggage hilang atau kena curi dan bila anda tiba-tiba sakit lalu ditahan dalam wad semasa anda travel.

Ingat, kos perubatan luar negara tidak sama macam seperti di Malaysia. Silap haribulan, 10 kali ganda lebih mahal. Hajat nak bercuti, tetapi terperangkap dengan kos perubatan yang melambung. Sebagai langkah berjaga-jaga, apa kata anda ambil insuran perjalanan dari Perlindungan Perjalanan AirAsia (AirAsia Travel Protection).

Ada promosi baru! Dapatkan Perlindungan Perjalanan AirAsia, Perlindungan Perjalanan nombor #1 di Malaysia

Tune protect (2)

Sebab apa kami cadangkan untuk ambil perlindungan perjalanan? Sebab ada promosi terbaru daripada Tune Protect X Flexiroam yang menawarkan 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA bila anda beli insuran perjalanan daripada Perlindungan Perjalanan AirAsia.

Untuk pengetahuan anda, Flexiroam ialah pengendali rangkaian mudah alih global yang boleh digunakan di lebih 150 buah negara. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah beli Perlindungan Perjalanan AirAsia sebelum anda travel. Secara automatik anda boleh tebus Flexiroam X Starter Pack yang disertakan 1GB data perayauan bernilai USD35 (RM145.00).

Aktifkan 1GB data perayauan Flexiroam dan ia boleh digunakan selama 3 hari sepanjang tempoh anda travel. Kalau anda yang suka travel lebih daripada 3 hari, anda hanya perlu tambah nilai pelan data ini melalui aplikasi Flexiroam X.

Apa yang anda akan dapat kalau beli Perlindungan Perjalanan AirAsia daripada Tune Protect ni?

Tune protect (3)

Anda bukan saja dapat 1,2 atau 3, tapi lebih 22 manfaat yang mampu melindungi bukan sahaja diri anda sendiri malah keluarga anda pun dilindungi. Semuanya serendah RM10/perjalanan. Wow!

Tune protect (4)

Tidak seperti sesetengah penyedia pelan perlindungan yang lain, Tune Protect melindungi anda sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Ini termasuklah pembatalan perjalanan sebelum terbang, kemalangan ketika melancong, kehilangan dokumen dan wang, kelewatan atau kerosakan bagasi dan banyak lagi.

Kalau anda nak tahu manfaat selebihnya yang ditawarkan Tune Protect, baca di SINI.

Jangan lupa dapatkan Perlindungan Perjalanan AirAsia bila beli tiket penerbangan untuk percutian anda yang seterusnya. Anda cuma perlu klik icon ini:

Tune Logo

Bukan saja anda akan dilindungi daripada serendah RM10/perjalanan, anda juga boleh enjoy 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web Perlindungan Perjalanan Nombor #1 di Malaysia. Selamat bercuti!

*Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat.