Hidup adakalanya tak sentiasa indah. Hubungan cinta yang di bina ada yang terputus di tengah jalan dan gagal disimpul mati dengan ikatan perkahwinan.

Inilah yang terjadi kepada Riduan A.dullah, seorang usahawan yang melalui saat getir apabila perniagaannya melalui detik suram pada tahun 2013. Namun dugaan hidupnya tidak hanya terhenti di situ. Pada Mac 2014, cinta yang diikat dengan tali pertunangan pula terputus di tengah jalan.

Dengan hati yang terluka, Riduan mengambil keputusan nekad untuk membawa diri dan berkelana untuk seketika.

riduan-adullah-4

Aku sampai di Melbourne seorang diri, dan waktu tu aku sendiri masih blurrrr menatang jadah apa aku nak bikin dan ke mana hala tuju aku.

riduan-adullah-7

Sydney Central – Pack barang dan pergi. Kalau perancangan terlalu rapi, itu bukan travel, itu site visit!

riduan-adullah-6b

Pergilah sejauh yang kau mampu. Sekadar mana yang cukup, untuk kau betul-betul hargai apa itu rindu. Dari Hay ke Melbourne.

Berikut adalah antara rentetan kisah hidup beliau :

Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Dengan meletakkan status “hiatus” di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan.

Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap.

Apa yang telah aku lakukan adalah :

  • Tanpa perancangan rapi.
  • Gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
  • Aku keluarkan duit ASB aku secara keseluruhan, dan dengan jumlah yang tak seberapa itu, aku mulakan perjalanan aku
  • Tanpa duit yang cukup (tiba di Melbourne dengan AUD300 sahaja)
  • Secara purata aku hidup dengan AUD5 seminggu.
  • Menempuh perjalanan sejauh 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah dan kabin)
  • Berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
  • Ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
  • Berkelana dari bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

riduan-adullah-2

Darling Harbour, Sydney. Waktu ni, hari di mana aku sambut hari kelahiran. Hampir lupa harijadi sendiri. Oh ya, tanpa kek. Me-rai kematian yang makin hampir tak perlukan kek bukan?

Ditanya apakah perkara paling besar yang ditemui sepanjang membawa diri selama 3 bulan di bumi asing, ini jawapan Riduan :

Perkara paling besar jumpa/sedar sepanjang perjalanan, bagaimana menghargai sekecil-kecil benda dalam hidup. Sebab aku pergi sana dalam keadaan sengkek, pokai. Memang bukan makan angin. Maka sekecil-kecil benda hinggakan sekeping roti atau seurat spageti pun akan dihargai betul-betul. Berbeza bila kita selesa di bumi sendiri, kita tak terasa. Tak ambil kisah.

Dan sekecil-kecil kasih atau simpati insan beri kesan yang mendalam pada hati dan diri. Walaupun sekadar satu senyuman daripada strangers. Sebab maybe kat bumi orang dan tak ramai kenalan. Dan maybe itu saja kasih insan yang mampu aku miliki waktu di sana. Semua benda tu buat aku hargai segala-galanya bila pulang ke Malaysia.

riduan-adullah-3

Berkhemah dengan suhu malam yang hampir mencecah negatif.

riduan-adullah-5

Big 4 caravan park, Nailor St, Hay NSW. Di hadapan kabin. Satu daripada tiga tempat bermalam aku di Hay. Owner dia baik. Waktu sampai, tak ada duit yang cukup, dan dia bagi hutang. Pagi berkabus, nafas berasap, malam penuh bintang. Hahaha. Aku jakun. Ah, banyak lagi cerita tentang kabin ni.

riduan-adullah-8

riduan-adullah-9

Pekan kecil Cootamundra. Perjalanan dari dan ke pekan ni, dengan train/bas, memang cantik. Padang hijau macam wallpaper komputer windows. Plus biri-biri/kuda berlari. Damai yang ohsem.

riduan-adullah

Dan sepanjang perjalanan, aku tenang bersama janji Tuhan, walau sekadar dengan satu janji kematian. Dan aku tak harapkan janji insan

Siapa sangka, disebalik kembara sepi penuh luka itu Riduan disapa kasih sayang seorang ibu, di bumi asing. Riduan sempat berkenalan dengan Takayawa Nakiti seorang wanita Fiji yang telah berkahwin dengan rakyat tempatan dan mendapat taraf PR. Wanita ini umpama ibu bagi Riduan. Malah sewaktu menghantar pulang, wanita ini menangisi perpisahan ini. Inilah antara insan yang paling di ingati oleh Riduan.

Kini Riduan kembali dengan semangat baru dan sedang giat mempromosikan buku travelog beliau yang diberi tajuk Goji Bundy. Buku ini adalah perkongsian dari hati dan catatan suka duka beliau sewaktu berkelana selama 3 bulan di bumi Australia, dalam keadaan sengkek.

riduan-adullah-10

Apa itu Goji Bundy? Goji, daripada Goji Cherry. Salah satu benda yang aku makan sewaktu di sana.

Bundy – singkatan bandar kecil yang aku singgah, Bundaberg. They call Bundy.

riduan-adullah-11

“Kenapa nama Goji Bundy?”
Sebab town ni. Antara town yang terawal aku jejak selepas Melbourne. Bundaberg atau nama panggilannya, Bundy.

Tempat aku kena tipu pasal duit sebanyak dua kali, kena kejar sekali. Hahaha. Tempat aku makan nasi + kicap sahaja untuk lebih 2 minggu. Banyak lagi yang akan aku ceritakan dalam buku travelog aku, Goji Bundy.

Ini gambar aku waktu tunggu bas pagi-pagi buta untuk bergerak ke Brisbane.

riduan-adullah-13

riduan-adullah-12

Sebelum mengakhiri perbualan Riduan sempat menitip pesanan ini;

Pesanan aku buat yang putus cinta, cari ketenangan dan biar ketenangan itu hadir pada diri. Waktu kita kusut/serabut/kecewa/etc, kita mohon daripada Dia pertolongan, bersimpuh berdoa, tapi perasan atau tidak, yang pertama sampai itu bukan jalan penyelesaian tapi ketenangan. So kalau kita tak cuba bertenang atau biar ketenangan itu hadir, sampai ke sudah tak jumpa jalan penyelesaian.

Riduan boleh dihubungi di Facebook beliau di Riduan A-dullah, atau di blog RiduanAdullah, Instagram  RiduanAdullah  dan di twitter RiduanAdullah.

LIKE Facebook The Vocket disini