MTV Video Music Awards merupakan sebuah acara anugerah berprestij yang telah menemui penonton sejak 1984 lagi. Tahun ini MTV VMA bakal menampilkan sejumlah artis platinum untuk membuat persembahan. Antaranya ialah Travis Scott, Ariana Grande, Post Malone, Jennifer Lopez dan Shawn Mendes.

Persembahan dari artis yang hebat tersebut pastinya bakal menjanjikan persembahan yang mantap dan memberi kepuasan kepada peminat. Anugerah berprestij ini dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos ini di New York. Siaran ini boelh disaksikan melalui live streaming atau di saluran MTV 713 Astro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ariana Grande telah dicalonkan dalam kategori ‘Video of The Year’ menerusi lagu “No Tears Left To Cry” bersama-sama dengan Bruno Mars, Camilla Cabello, Childish Gambino, The Carters dan Drake.

Berikut merupakan senarai penuh artis yang tercalon dalam kategori yang dipertandingkan di MTV VMAs 2018.