Lama dinantikan orang ramai, akhirnya sejak beberapa bulan lalu, mereka yang berada di Malaysia diberi ‘lampu hijau’ untuk ke Thailand menerusi penggunaan pas lintas sempadan atau pasport.

Pembukaan pintu sempadan ini nampaknya telah mendapat sambutan meriah khususnya daripada rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mahu masuk ke Thailand. Malah, minggu ini turut menyaksikan sejumlah besar kenderaan yang terpaksa beratur panjang semata-mata mahu melintasi sempadan Malaysia-Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@amsyarrr11

Mana2 rancak berdosa🤣, welcome to Thailand🇹🇭#fypシ #fyp #thailand🇹🇭#viral

♬ bunyi asal – jaridah – jaridah

Di sebalik keghairan serta penantian yang panjang rakyat Malaysia untuk bercuti di negara jiran, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak mempunyai pendapat yang tersendiri menerusi perkongsian di Mingguan Malaysia.

Menurutnya, trend bercuti di negara jiran ini merupakan keadaan yang tidak baik untuk ekonomi negara jika proses pengaliran mata wang ke luar negara terus berlaku tanpa ada usaha menyeimbangkan antara kedua-dua aliran tunai berkenaan.

Sumber: VOCKET Hairi Ariff

Selain itu, beliau berpendapat trend ‘tidak sihat’ ini memerlukan langkah-langkah untuk mengatasinya agar wang tidak banyak mengalir keluar negara berbanding berkitar dalam negara.

Beliau juga turut menyeru kerajaan mengadakan kempen agar lebih ramai warga Thailand berminat untuk melancong di Malaysia dalam usaha untuk menyeimbangkan pengaliran wang.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan Thailand merupakan destinasi bercuti yang berbaloi bagi rakyat Malaysia berbanding negara-negara lain yang mempunyai nilai mata wang yang lebih besar.

Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid. SUMBER: INCEIF

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata turut berpendapat perkara yang sama di mana ekonomi negara akan semakin tiris berikutan pendapatan warga Malaysia berjumlah antara RM1,000 hingga RM4,000 tidak dibelanjakan dalam negara.

“Jika trend pengaliran keluar ringgit ini terus berlaku, keadaan akan semakin teruk dan ringgit menjadi lemah. Jika wang tidak dibelanjakan dalam negara, ekonomi negara semakin bocor.

“Kita tidak boleh menghalang orang lain daripada melancong ke luar negara, tetapi di sini kempen cuti-cuti Malaysia harus mainkan peranan, tetapi yang saya lihat kempennya senyap sahaja,” katanya.

Sementara itu, perkongsian yang dibuat oleh dua individu yang arif dalam bidang kewangan menerusi respon yang berbeza di kalangan netizen di mana terdapat netizen yang menyokong dan juga sebaliknya. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkonsian pakar kewangan ini.

Sumber: facebook utusan online
Sumber: facebook utusan online

Berdasarkan laporan, Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini selepas melonggarkan sekatan akibat pandemik COVID-19 manakala seramai 647,648 rakyat Malaysia direkodkan datang ke Thailand untuk lapan bulan pertama tahun ini.

Sumber