Sebelum ini anda ada mendengar tentang trak makanan. Trend trak makanan bukan sahaja berjaya di luar negara, malah semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Mendapat idea daripada kejayaan trak makanan, beberapa peminat fesyen mula bergerak menjalankan perniagaan butik menggunakan trak, dan walla, nampaknya konsep ini semakin berjaya. Umpama sebuah butik mewah, trak dihiasi dengan hiasan dalaman menarik dan dipenuhi dengan stok pakaian fesyen terkini.

Bukan sekadar pakaian, budaya jalanan ini memupuk semangat berkomuniti. Terletak di kawasan pasar kering yang bersih, bakal pelanggan boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan pasar dan masuk ke trak untuk memilih pakaian dengan selesa.

Walaupun trend ini berlaku di luar negara, kami percaya kita hanya menunggu masa untuk ia ‘BOOM!’ di Malaysia. Bergabung dengan budaya hijabista yang sudah wujud di Malaysia, kami menjangkakan budaya trak fesyen akan menambahkan warna-warni untuk kita, rakyat Malaysia, menikmati hujung minggu.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram